Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Perbanyakan NGO muslim di Johor

Posted by Emg Trading & Services on 27 May, 2009

Umum mengetahui, sejak sekian lama, Non Governmental Organization (NGO) atau Badan Bukan Kerajaan telah digunakan oleh Barat sebagai suatu kaedah (public diplomacy) atau diplomasi awam bagi mempengaruhi (public opinion) atau pendapat umum. Selepas peristiwa September 11, peranan NGO di Barat telah ditingkatkan ke tahap maksima terhadap dunia Islam bagi mempengaruhi dunia supaya menyokong dasar hegemoni Barat. Dalam kontek kita di Malaysia, NGO turut dimanipulasi ke arah yang sama untuk memenuhi citarasa pemerintah.

Mursyidul Am PAS pernah mengungkapkan bahawa “amatlah rugi jika orang Melayu tidak melibatkan diri dalam NGO”. [1]

Sebagai seorang individu da’e, setiap individu muslim yang sedar tentang kewajiban “berdakwah” amal makruf nahi mungkar perlu meluaskan sayapnya mendepani medan dakwah yang mencabar. Dalam lanskap politik Malaysia yang kompleks, khususnya di negeri Johor, wasilah dan manhaj dakwah perlu diperluaskan.

Kita lihat bagaimana NGO berperana di Asia.

Statistik telah menunjukkan bahawa NGO berperanan sebagai agen demokrasi dan suara masyarakat di seluruh dunia. Pada sekitar tahun 2000 [1] , sejak 1997 di Perancis terdapat 54,000 NGO, Philipina 27,000, Bangladesh lebih dari 10,000, dan di Indonesia ditaksir antara 4,000 – 7,000 buah NGO. Pada akhir tahun 2002, Indonesia telah mencatat peningkatan NGO sehingga 13,500 di seluruh Indonesia[2].


NGO berperanan dadalam krisis ekonomi sesebuah negara. Misalnya di krisis ekonomi Bolivia sekitar tahun 1985 – 1990

Sejarah telah membuktikan bahawa NGO berperanan dalam pengani isu ekonomi dunia khusunya di Bolivia, Brasil, Chili, Venezuela, dan El Savador. Di Bolovia, NGO adalah pihak yang menjadi saluran rasmi penyaluran dana  “Program Pengurangan Kemiskinan”. Dana sebesar US$ 738 ditujukan pada pemerintah Bolivia oleh Amerika Syarikat dan Bank Dunia yang dinamakan Emergency Social Fund (ESF) yang kemudian mengalirnya dana tersebut ke NGO-NGO yang pada awal 1980 jumlahnya cuma 100 buah NGO, berkembangan menjadi 530 buah pada tahun 1992.

NGO berperanan besar dalam dunia Islam

Kempen anti-perang yang tercetus beberapa bulan sebelum pencerobohan keatas Iraq berlaku pada 19 Mac 2003 memperlihatkan kali pertamanya NGO Islam berganding bahu dengan Pencinta Keamanan secara besar-besaran. Sebelum ini dalam isu perang Teluk pada 1991 dan juga konflik Bosnia (1992-95) beberapa pertubuhan Islam khususnya di Eropah pernah menyertai demonstrasi anjuran Pencinta Keamanaan tetapi penglibatan mereka adalah terbatas. Jauh berbeza keadaannya dalam isu Iraq. Beratus ratus pertubuhan Islam dan beribu ribu penduduk Muslim di Britain, Perancis, German, Itali, Kanada, malah Amerika Syarikat sendiri, menyertai dan menyokong perhimpunan-perhimpunan yang diadakan untuk membantah perang. [1] Selain daripada demonstrasi, Pencinta Keamanan bersamasama dengan aktivis NGO Islam menghantar surat terbuka dan memorandum kepada pemimpin-pemimpin seperti Presiden George Bush dari Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Tony Blair dari Britain serta Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan.

Mendepani isu setempat dan fokus

NGO juga berperanan dalam menangani isu yang datang dari masa ke semasa. Misalnya dalam isu PPSMI, NGO telah berperanan besar menyuarakan suara kebimbangan tentang kesannya kepada masyarakat. Lebih 100 NGO telah bergabung termasuk GAPENA menyuarakan pandangan terhadap isu ini. [1]

Melepasi sempadan ideologi dan politik kepartian

Peranan NGO di Malaysia juga amat penting dalam penentuan bentuk demokrasi negara dan nasib rakyat jelata. NGO boleh memainkan peranan yang tidak dapat dimainkan oleh parti-parti politik kerana NGO merupakan satu kuasa non-partisan. [1]

Keberkesanan dalam menyuarakan isu-isu tertentu

Keberkesanan NGO terbukti dalam pelbagai isu, seperti isu-isu pengguna, isu undang-undang Islam dan lain-lain. Misalnya, perkara yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak diwartakan atau ditangguhkan semata-mata kerana desakan NGO atas Rang undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan. [1]

Mendepani cabaran NGO yang pro kepada pemerintah dan idealisme barat

Sebagaimana yang disedia maklum, NGO juga ada member kesan negative kepada masyarakat khususnya apabila ia menurut membabi buta idealisme pemerintah atau idealisme yang di bawa oleh Barat. Misalnya di Malaysia, terdapat NGO yang memperjuangkan kepentingan wanita menyuarakan pandangannya melalui gabungan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO). Salah satu NGO yang cukup terkenal dan giat menghebahkan wacana kesetaraan gender (gender equality) ialah Sisters in Islam (SIS). Ditubuhkan oleh beberapa orang wanita Melayu profesional pada 1985, SIS memfokuskan visi gerakannya kepada mengajak wanita muslim untuk menginterpretasi ajaran-ajaran Islam tentang hak-hak asasi manusia, khasnya hak-hak wanita sama ada di wilayah domestik (rumah tangga) mahupun di luar rumah (public space). [1]

Peruntukan yang besar terhadap NGO

Sesuai dengan peranannya yang lebih dekat dengan masyarakat, pihak pemerintah sedia ada telah menyalurkan peruntukan kepada NGO bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Sejumlah RM 34 Juta telah disumbangkan kepada NGO sedia ada dalam menyediakan program-program bersifat kemasyarakatan. [1]

Membuka medan dakwah yang lebih luas

Kejayaan NGO berpaksikan PAS seperti Muslim Care Malaysia Society atau Muslim Care telah terbukti apabila Berjaya memainkan perananya berkaitan isu palestin, isu Acheh, isu Kemboja dan lain-lain. Pada 23 Ogos 2006, Imam Masjid Al-Aqsa atau merangkap Ahli Jawatankuasa al-Quds Foundation iaitu Dr.Mohamed Mahmoud El Sheikh Seyam telah mengunjungi negara ini sempena program Muslim Care Raising Fund For Palestine.[1] Ianya jauh lebih awal menerajui isu kebajikan sebelum berlakunya perang Israel – HAMAS versi baru pada akhir tahun 2008.

Oleh demikian, Melayu mesti bangkit mencari kekuatan, menegur dengan keberanian, menjulang kedaulatan negara dengan tutur perintah al-quran. Bangkitlah Melayu Johor , NGO Melayu masih banyak yang layu..


[1] Isu Palestin Adalah Masalah Utama Dunia Islam- oleh penulis blog paduansuara.blogspot.com


[1] Rancangan Malaysia Ke-9, Bab 15 perkara 15.21, badan Bukan Kerajaan.


[1] Saliha Hassan, 2002. Political non-governmental organizations: ideals and realities. Dalam Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik (pnyt.) Democracy in Malaysia Discourses and practices. Cornwall: Curzon Press.


[1] Harakah, 7 Mac 2006 ; Perjuangan NGO Melayu-Islam perlu diperluas


[1] Ucapan Ronnie Liu Tian Khiew, Setiausaha Antarabangsa merangkap Ketua Biro NGO, DAP – Peranan parti-parti politik dan NGO ke arah kestabilan politik, keutuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat


[1] Petikan rencana, 100 NGO Melayu gesa k’jaan ajar Matematik, Sains dalam BM http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t46100.html


[1] Perkara ini dibincang dalam makalah Humeira Iqtidar, _Celebration In Iraqi Streets_ Znet 23 April 2003.


[1] Ivan Hadar, KCM 07/03/2000

[2] Kompas, 13 Januari 2003


[1] Harakah, 7 Mac 2006 ; Perjuangan NGO Melayu-Islam perlu diperluas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: