Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

2 universiti dan 2 peristiwa. Menang debat dan cabul?

Posted by Emg Trading & Services on 28 May, 2009

Bharian – BATU PAHAT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Malaysia pertama berjaya memecah monopoli Singapura dan Filipina, apabila muncul juara East West University-Asian University Debating Championship 2009 (EWU-AUDC 09) di Dhaka, Bangladesh, baru-baru ini.UTHM yang dibarisi pendebat, Jeremy Lim, Melvin Samuel dan Agilarajan Selvarajah, semua berusia 22 tahun, menewaskan 68 pasukan dari 10 negara antaranya Thailand, Singapura, Indonesia, Bangladesh, Sri Lanka, India dan China.

Selain UTHM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut menghantar lima pasukan (satu pasukan tiga pendebat), Universiti Teknologi Mara (UiTM) menghantar tiga pasukan manakala wakil IPTS, Universiti Multimedia (MMU) menghantar lima pasukan.

Utusan – SHAH ALAM: Seorang pelajar perempuan trauma sehingga terpaksa menangguhkan pembelajaran untuk sementara selepas mendakwa seorang lelaki cuba merogolnya ketika dalam bilik mandi sebuah asrama di Universiti Teknologi Mara (UiTM), November lalu.

Malah, pelajar tahun dua kursus Pengurusan Hotel dan Pelancongan itu dikatakan terpaksa mendapatkan rawatan dari pakar psikiatri kerana terganggu dengan kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, 28 November lalu, pelajar berkenaan mendakwa cuba dirogol seorang lelaki berbogel ketika mandi di tingkat dua Asrama Seroja iaitu asrama yang dikhaskan untuk pelajar perempuan.

Mengikut laporan polis yang dibuat mangsa selepas kejadian, suspek meniru suara perempuan dan menyuruh mangsa membuka pintu bilik mandi.

Bagaimanapun, keengganan mangsa berbuat demikian memaksa suspek menendang pintu menyebabkannya terjatuh dalam keadaan bogel sebelum diterkam suspek.

Mangsa berumur 21 tahun itu mendakwa, suspek sempat memasukkan jari ke dalam kemaluannya menyebabkan dia menjerit dan meronta untuk melepaskan diri.

Katanya, suspek mengugut supaya dia tidak membuat bising tetapi mangsa terus melawan dan berjaya melepaskan diri sebelum terjatuh di koridor.

Mangsa berkata, suspek yang ketakutan terus melarikan diri menggunakan tangga dan seorang saksi ternampak suspek lari dengan hanya memakai seluar pendek dan coli hitam.

Mengikut laporan mangsa, suspek mungkin menyamar sebagai pelajar perempuan untuk menyelinap masuk ke asrama itu.

Berikutan itu, mangsa diberikan cuti dan dibenar menangguhkan pengajian untuk sementara sehingga pulih daripada trauma.

Bagaimanapun keluarga mangsa yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu bertindak memfailkan saman terhadap UiTM atas dakwaan cuai dan bersikap sambil lewa dalam menyiasat kejadian itu.

Mangsa memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin, menerusi peguamnya, Mohamed Hanifa Maidin.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang UiTM, Dr Aidar Dziyauddin ketika dihubungi berkata, beliau belum menerima saman daripada mangsa.

“Saya perlu meneliti butiran saman itu sebelum boleh memberi sebarang komen,” katanya.

” Rijal – 2 peristiwa berlaku pada 2 Universiti, UTHM berjaya menakluk dunia dengan ilmu perdebatannya. UiTM Shah Alam pula dikejutkan dengan saman pelajar Perempuan dicabul! Persoalan yang timbul, ke mana perginya pelajar melayu yang berkualiti..? Apa pun tahniah UTHM, anda mengharumkan nama negara.


One Response to “2 universiti dan 2 peristiwa. Menang debat dan cabul?”

  1. Alvin Wong said

    Walaupun UTHM memenangi AUDC, mereka hanya menang dalam kategori EFL yang biasanya ditandingi oleh pasukan-pasukan yang terlemah dalam kejohanan tersebut. Yang lebih menyedihkan adalah pendebat-pendebat UTHM sanggup memalsukan tahap penggunaaan bahasa English mereka hanya untuk bertanding dengan pasukan yang memang menghadapi kesukaran dalam bertutur bahasa English. Jika penganjur kejohanan mengetahui hal ini, UTHM mungkin tidak akan dibenarkan bertanding di dalam kejohanan tersebut lagi kerana mereka telah mencabuli sistem tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: