Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Isu pencabulan pelajar UiTM :Mana suara mahasiswa UiTM? Rakan dicabul, tapi pimpinan pelajarnya bacul.

Posted by Emg Trading & Services on 28 May, 2009

Oleh Khairul Rizal Arshad

  • Apa tindakan pihak universiti dalam menangani isu ini? Isu maruah dan pencabulan hak asasi wanita seperti yang dilaporkan akhbar hari ini amat serius dan mengaibkan pelajar berkenaan. Bayangkan jika anak anda yang menjadi mangsa pencabulan. Apa yang akan anda lakukan? Mahu NCnya meletak jawatan? boleh jadi sampai ketahap itu..

  • Selain itu, pihak polis perlu dipertanggungjawabkan untuk membawa pesalah durjana berkenaan ke pengadilan. Kementerian Pengajian Tinggi perlu turun padang mendengar sendiri punca kejadiaan dan mengarahkan siasatan dalaman terperinci dilakukan. Janganlah hendaknya peristiwa ini berulang. Pihak pengurusan Universiti perlu mendepani isu ini secara matang dan profesional. Sekiranya ia berpunca dari kecuaian pengurusan, NC perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

  • Di mana suara pimpinan pelajar UiTM / Majlis Perwakilan Pelajar UiTM yang mempunyai cawangan hampir setiap negeri?

  • Bukankah pencabulan berkenaan ke atas gadis melayu Islam siswi UiTM..? Selaku bekas penuntut UiTM Shah Alam, saya berasa amat sedih dan terkilan dengan kelesuan pimpinan UiTM hari ini. Suara anda tenggelam dalam lena retorik kebangsaan tetapi gagal mewakili suara mahasiswa dalam mempertahankan pencabulan maruah terhadap taulan bangsanya sendiri. Jika UiTM yang bakal menanpung angka 200,000 orang pelajar tiada seorang pun yang mampu bersuara dan ke hadapan menyuarakan kekesalan?

  • Barangkali cukup dengan jumlah yang ada, biar dididik semangat dan keazamannya menjadi mahasiswa berwibawa. Saya yakin, masih ramai mahasiswa UiTM di luar sana yang peka dan jitu semangatnya membela nasib rakan sebangsa dan seagama.

  • Rakaman simpati dan tazkiah kepada pelajar dan keluarga si mangsa. Semoga tuhan menguatkan hati dan ketabahan hati saudari sekeluarga.Pasti ada hikmah disebaliknya.

Penulis adalah,

Mantan Yang Di Pertua, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM 99/2000

Mantan Presiden Persatuan Amalan Dan Asas Sosial Islam (ADASI) 99/2000

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: