Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Siswi UiTM dicabul, Naib Canselor Buat Pekak Badak!

Posted by Emg Trading & Services on 28 May, 2009

(Dikutip dari bloggers bekas pelajar UiTM yang juga pelopor ISA 7 yang dizalimi
merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan)
http://syukran.wordpress.comPosted on Mei 27, 2009 by HermanSamsudeen

Secara peribadi saya menyokong tindakan seorang Siswi menyaman UiTM Shah Alam setelah mendakwa dirinya dicabul oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika mandi di asramanya November tahun lalu.

Pastinya trauma itu belum hilang, dan tindakan pihak HEP dan Naib Canselor yang mendiamkan perkara itu juga patut dipandang serius.

Kes itu sepatutnya disiasat. Bagaimana pihak universiti gagal untuk menangkap suspek itu walaupun mangsa terpekik melolong meminta tolong dan kemudiannya membuat laporan kepada pihak UiTM.

Sepatutnya UiTM membawa pelajar itu ke balai untuk membuat laporan dan selepas itu mengetatkan kawalan keselamatan. Malangnya, UiTM dan Naib Canselornya, Ibrahim Abu Shah buat bodoh dan menganggap tiada apa-apa berlaku.

Setahu saya, peraturan UiTM tidak membenarkan lelaki memasuki asrama Siswi walaupun orang itu bapa mereka sekalipun. Macam mana ‘mawas’ itu boleh terlepas pula. Setiap Kolej atau asrama ada pengetua dan warden, tapi apa yang mereka buat?

Pastinya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang belajar di UiTM sekarang berada dalam keadaan risau. Mereka risau jika anak mereka bakal menjadi mangsa kedua pula selepas ini jika UiTM masih berdegil dengan ego mereka untuk menolak isu ini kebawah karpet di bilik Naib Canselor mereka tanpa apa-apa tindakan.

Siswi saman UiTM selepas dicabul
Oleh Jimadie Shah Othman

pas khalid samad pc on uitm student molested case 270509 01kemaskini 2.50pm Seorang pelajar wanita mengambil tindakan undang-undang terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas dakwaan cuai susulan insiden mencabul kehormatan yang dialaminya tahun lalu.

Pelajar itu, 21, didakwa mengalami trauma yang serius sehingga menangguhkan pembelajaran selepas didatangi seorang lelaki di bilik mandi asrama di kampus itu menjelang subuh, 28 November lalu.

Dalam percubaan rogol itu, lelaki terbabit didakwa menyentuh bahagian sulit pelajar berkenaan, yang tidak didedahkan identitinya.

Pelajar kampus induk di Shah Alam itu bagaimanapun berjaya meloloskan diri dengan bergelut dan menjerit sekuat hati.

Identiti suspek, yang berselur pendek dan bercoli hitam ketika kejadian kira-kira jam 5 pagi, tidak dapat dicam.

Siswi itu membuat aduan polis pada hari kejadian di balai polis Seksyen 6, Shah Alam.

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam melalui Hanipa Maidin, seorang ahli jawatankuasa pusat PAS, yang bertindak sebagai peguam pelajar berkenaan.

Dalam saman itu, UiTM sebagai defendan didakwa cuai menangani masalah keselamatan di universiti itu.

Hanipa berkata, jumlah ganti rugi yang dipohon tidak ditetapkan, sebaliknya pelajar itu menyerahkan kepada mahkamah bagi menentukannya.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menerima aduan ibu siswi berkenaan hadir bersama peguam itu dalam sidang media di Shah Alam pagi ini.

Siswi dan keluarganya bagaimanapun tidak hadir.

Menyifatkan tindakan siswi berkenaan sebagai jalan terakhir, Hanipa tetap berharap perkara itu boleh diselesaikan secara baik.

“Kita bawa ke mahkamah bukan untuk wang, tetapi kita tidak mahu perkara sebegini berlaku lagi,” katanya.

Katanya, pihaknya memohon penjelasan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM pada penghujung Januari lalu tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas.

“Kita ingat hendak selesaikan secara baik, tetapi UiTM tidak memberikan sebarang respons,” katanya.

Sementara itu, Khalid pula mempersoalkan sikap universiti berkenaan kerana “bertindak seolah-olah tidak bersalah” sedangkan menjadi tanggungjawabnya menjaga keselamatan pelajar.

“Bila perempuan itu menjerit pun masih tak ada orang keluar. Dan saya boleh katakan, hendak masuk (ke dalam universiti) pun mudah, hendak keluar pun mudah.

“(Mangsa) terpekik, terlolong macam itu pun tak ada apa-apa. Maksudnya, apa jenis keselamatan yang disediakan oleh universiti untuk menjaga pelajar?” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: