Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

‘Dia masih isteri saya’

Posted by Emg Trading & Services on 29 May, 2009

Jika di Perak, Nizar terpaksa menyatakan sekian lamanya..saya masih Menteri Besar Perak..sehingga mahkamah memutuskan. Akhill Hayy pula terpaksa menyatakan untuk sekian kalinya..dia masih isteri saya, sehingga mahkamah memutuskannya. Yang pasti, hakim mahkamah syariat tiada siapa nak pertikai, tiada siapa nak beli, kasihan hakim-hakim syariah…khususnya hakim mahkamah rayuan (jikalau ada)..he

‘Dia masih isteri saya’

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin dan Rozdan Mazalan
bhnews@bharian.com.my

Akhil kesal tindakan Maizawati dedah masalah rumah tangga kepada media

B-Harian KUALA LUMPUR: “Dia masih isteri saya buat masa ini. Bagaimanapun apa yang bakal berlaku kemudian hari, sama ada saya ingin memulakan hidup baru atau meneruskan kehidupan lama, tunggu saja keputusannya 2 Jun nanti,” kata penceramah bebas dan penyanyi, Akhil Hayy.

Beliau yang ditemui sebelum program Kalam Suci episod akhir yang disiarkan secara langsung melalui Astro Oasis di Pusat Penyiaran Astro, dekat sini malam tadi turut kesal dengan tindakan isterinya, Maizawati Zainal membuat kenyataan kepada media mengenai masalah rumah tangga mereka.

“Saya kecewa dengan tindakannya yang keluar rumah tanpa keizinan suami. Sepatutnya, apa saja yang berlaku dalam rumah tangga kami dalam tempoh tiga bulan, sama ada saya balik atau tidak, dia seharusnya merujuk perkara itu kepada pejabat kadi, bukannya media,” katanya yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan penyanyi dan pelakon, Waheeda.

Akhil berkata, pendedahan itu secara tidak langsung mengundang spekulasi yang boleh mengganggu karier dan menjejaskan kredibilitinya sebagai pendakwah.

Ditanya mengapa mengambil sikap mendiamkan diri sejak isu itu timbul bermula Ahad lalu, Akhil berkata, beliau berbuat demikian kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Masalah ini membabitkan banyak pihak. Sekiranya saya bercakap ia mengaibkan isteri, anak, keluarga saya dan serta Waheeda sendiri.

“Saya juga mempunyai alasan kenapa tidak bertemu isteri dan tidak tampil membuat kenyataan. Disebabkan dia sudah membuat pendedahan kepada media terlebih dulu, jadi tempat yang saya rasa paling sesuai untuk membicarakan hal ini adalah di mahkamah saja,” katanya.

Akhil juga menafikan langsung tidak berhubung dengan isterinya sejak beberapa bulan lalu, sebaliknya mereka ada berhubung menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: