Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

NC UiTM perlu dilondehkan seluarnya

Posted by Emg Trading & Services on 29 May, 2009

Sebelum ini, tulisan saya berkaitan dengan UiTM vs UTHM, kali ini UiTM vs UIA. Pelajar Universiti Islam ditangkap berkhalwat setelah mengenali seorang lelaki 5 hari sebelumnya. Carik dan remuk hari orang tuanya. DiUTM pula, NC lebih berminat bermain politik berbanding membela dan bersimpati anak gadis yang dicabul di dalam kawasan ‘pentadbirannya’. . Semakin ramai pemegang PHD yang perlu dipertikaikan  kecerdikkan.

Pelajar mengaku khalwat

Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my


TERTUDUH, Raden Farah dan Tengku Mohd Faisal menutup muka ketika di luar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam.

B-HARIAN. KUALA LUMPUR: “Saya tahu saya sudah mencalarkan maruah keluarga tetapi saya sudah insaf dan berjanji akan menjadi orang lebih baik selepas ini,” itulah luahan pelajar perempuan Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum dijatuhkan hukuman penjara dan denda kerana berkhalwat.

Raden Farah Al Wani Ab Halim, 21, yang mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang tentera yang baru lima hari dikenalinya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, menangis teresak-esak ketika memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohd Radzi Abd Latif tetap menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM2,000 terhadapnya.

Pasangannya, Tengku Mohd Faisal Engku Mahmood Mahedden, sekitar 20-an, yang hadir di mahkamah lengkap berpakaian tentera mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan bulan depan.

Kedua-dua ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang melakukan operasi cegah maksiat di Bilik A2, Welvest International Youth Hotel, Jalan Merpati off Jalan Raja Laut di sini, jam 2.50 pagi, 1 Januari lalu.

Raden Farah ditemui sedang bersembunyi dalam bilik air dengan hanya menggunakan cadar putih bagi menutupi badan manakala Tengku Mohd Faisal yang membuka pintu hotel itu tidak memakai baju dan hanya berseluar.

Turut didakwa di mahkamah semalam, tujuh pasangan lain termasuk pasangan duda dan janda iaitu kekasih yang bertemu kembali selepas lama berpisah serta ditangkap berkhalwat di rumah wanita itu pada jam 3.05 pagi, selain pasangan pembantu kedai dan lelaki warga Myanmar yang bukan Islam.

Ada pihak cuba buruk nama UiTM

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia menghadapi saman dikemukakan seorang penuntutnya yang mendakwa kecuaian universiti itu menyebabkannya nyaris dirogol ketika mandi dalam bilik air kolej.

Walaupun kecewa dengan tindakan pelajar itu dan segelintir pihak yang didakwanya cuba mengaibkan nama baik UiTM, Naib Canselornya, Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah, berkata UiTM sedia ke mahkamah untuk mempertahankan diri.

“UiTM tidak akan membayar setengah juta ringgit seperti mana dituntut peguam pelajar itu kerana UiTM tidak bertanggungjawab dalam kejadian terbabit. Kita serahkan perkara ini kepada mahkamah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ibrahim juga turut mempertikaikan tindakan peguam pelajar itu yang membuat tuntutan sebanyak setengah juta ringgit dan mendakwa sekiranya penuntut terbabit jujur beliau tidak perlu menghebohkan kepada media dan membabitkan ahli politik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: