Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Saya tak musuhi Waheeda – Maizawati

Posted by Emg Trading & Services on 31 May, 2009


Bagaimana dengan keputusan Maizawati? Adakah hendak teruskan hasrat menuntut cerai?

Ya! Saya sudah dengan keputusan saya. Saya akan buat tuntutan cerai pada 2 Jun ini. Saya mahu ustaz Akhil balik ke Ipoh nanti untuk memudahkan urusan berkenaan. Saya dah hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) tetapi dia tak balas sampai sekarang.

Tak menyesal dengan keputusan ni?

Tak. Saya tak akan tarik balik keputusan saya. Saya dah minta pandangan keluarga dan mereka semua tak campur tindakan saya ini. Syukurlah setakat ini ramai yang menyokong keputusan saya.

Adakah masih sayangkan Akhil?

Dia suami saya. Mestilah sayang. Tapi nak buat macam mana? Saya anggap sudah tak ada jodoh. Cuma saya mahu lepas ni dia tak abaikan tanggungjawab dia pada anak-anak kalau dia nak kahwin lain. Saya berdoa agar dia bahagia. Saya tuntut cerai ni pun selepas fikir masak-masak. Bukan niat nak aibkan sesiapa.

Macam mana perangai ustaz Akhil ni sebenarnya? Kaki perempuan ke?

Perangai? Dia seorang suami yang baik. Saya kenal dia sebab dia suami saya. Saya bahagia dengan dia. Cuma masa dia kata nak kahwin dengan Waheeda pada bulan Februari lalu, saya terkejut. Tapi lepas tu saya bagi keizinan. Saya sanggup bermadu.

Kalau suami seorang yang baik, sepatutnya ada usaha untuk selamatkan keadaan.

Saya dah usaha tetapi seperti ada sesuatu yang tak kena. Akhirnya biarlah saya buat keputusan untuk menuntut cerai selepas hasrat saya untuk bermadu juga tak mendapat keputusan yang baik.

Mungkinkah Waheeda tak mahu bermadu?

Tak tahulah. Mungkin kot. Sedangkan saya sanggup sebelum ni.

Waheeda kecewa dan merancang nak dedahkan sesuatu kalau Maizawati terus membuat kenyataan. Apa komen?

Saya tak nak besarkan perkara ini. Dia nak dedahkan apa tentang saya kerana saya hanya membuat kenyataan media untuk menuntut cerai. Saya tak burukkan sesiapa malah memberi laluan untuk dia berkahwin dengan suami saya. Saya ambil masa dua tahun melihat dakwaan orang mengenai gosip suami dengan Waheeda. Ini (memohon cerai) adalah keputusan terbaik.

Mungkin dia kurang senang selepas membaca kenyataan Maizawati.

Buat apa dia nak melenting. Bukan saya rampas suami dia pun. Ustaz tu suami saya. Sekarang ni saya tak mahu keadaan menjadi lebih teruk. Lagipun saya dah buat keputusan untuk bercerai.

Ada pendapat mengatakan Maizawati terlalu mengawal suami. Dalam perkataan lain dipanggil queen control. Apa komen?

Kalau betul saya kontrol ustaz, takkan perkahwinan kami bertahan macam ni (13 tahun). Kalau betul juga saya kontrol, takkan ustaz dapat berjalan dengan Waheeda ke sana kemari? Kalau Saya kontrol dia, takkan dia (Waheeda) ada peluang nak “masuk jarum”? kita boleh fikir secara logik.

Apa nasihat Maizawati kepada Waheeda?

Saya berharap dia dapat jadi isteri yang baik dan soleh. Jaga hati semua orang. Jangan ungkit benda yang dah berlaku. Jangan buka semua cerita. Saya dah bagi keizinan dia kahwin dengan suami saya, buat apa dia macam nak marahkan saya? Kalau nak fikirkan secara logik, saya yang sepatutnya serang dia dulu tapi saya tak macam tu. Saya tak ada masalah untuk bermadu.

Nak cakap apa kepada Akhil?

Semoga apa yang dia buat tu terbaik untuk diri dia. Minta dia tak abaikan tanggungjawab kepada anak-anak. Saya harap selepas ni tidak ada pihak yang hendak bermusuh dengan saya. Kita boleh jadi kawan. Saya pun tak ada masalah berkawan dengan Waheeda. – UTUSAN

Rijal – “Perkahwinan ialah peperangan emosi 2 insan. Kasih sayang adalah panglimanya, kejujuran adalah senjatanya, dan kesabaran adalah perisainya. “

2 Responses to “Saya tak musuhi Waheeda – Maizawati”

  1. Wa..dah ada kemajuan nampaknya…explore lagi, lepas nie banyak benda yang anta buat….

    selain blog, anta juga boleh masuk Facebook.com. Dia macam blog sebab anta boleh tulis idea anta. tapi pendek jerlah sebab konsepnya macam forum atau chat. Paling penting melalui face anta boleh cari kawan lebih ramai dan promosikan idea anta.

    Cuma mereka yang jadi kawan anta sahaja yang boleh view apa yang anta tulis dan anta pun boleh komen tulisan merekan. kalau tak puas, boleh tulis dalam blog jer…Facebook khususnya untuk cari kawan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: