Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

4 subjek teras SPM?

Posted by Emg Trading & Services on 1 June, 2009

4 subjek teras SPM? Bagaimana dengan mata pelajaran Agama Islam & Moral (bagi non-muslim). Gagal pun takpa !!

  • 4 subjek teras SPM? Itulah persoalan yang dibangkit oleh SAHBULAH DARWI – wartawan Utusan.Pada saya, bukan soal berapa banyak mata pelajaran yang perlu dikhuatirkan. Tapi apakah mata pelajaran yang wajib diambil bagi seorang pelajar berkenaan. Kita ambil contoh, bagi sukatan mata pelajaran SPM, subjek teras ialah BM, BI, Matematik.

  • Bagaimana dengan mata pelajaran Agama Islam & Moral. Ia sepatutnya dimasukkan dalam kelas mata pelajaran Teras. Apa guna pelajar kelulusan Biologi tetapi mendapat D dalam mata pelajaran Agama Islam.Kalau hendak membina modal Insan, ialah adalah teras utama, lebih teras dari subjek bahasa Melayu dll sepatutnya.

  • Jika ia tiada dalam subjek Teras, adakah ia bermaksud mata pelajaran Agama Islam dan Moral adalah terpinggir sehinggakan kalaupun gagal ia tidak membawa makna apa-apa kepada sijil yang dikeluarkan. Di manakah keseriusan pihak Kementerian Pendidikan / Pelajaran yang telah bertukar lebih 10kali ini? Kita berharap, dalam kotak pemikiran menteri pelajaran yang baru, ia diambil perhatian serius. Sama-samalah kita lihat..


Oleh SAHBULAH DARWI dan KAMIL MASLIH

MUAR 31 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan muktamad untuk mengurangkan bilangan subjek teras dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada enam kepada empat subjek akan diumumkan pada waktu terdekat ini.

Menteri Pelajaran itu menegaskan, pengurangan bilangan subjek teras berkenaan akan membolehkan calon-calon SPM mempunyai lebih banyak pilihan untuk subjek elektif dalam peperiksaan tersebut.

Beliau berkata, langkah tersebut diyakini dapat melegakan kebimbangan sesetengah pihak yang berasa khuatir dengan keputusan kerajaan baru-baru ini untuk mengehadkan pengambilan tidak melebihi 10 mata pelajaran dalam SPM.

‘‘Kalau hendak diikutkan yang sedia ada sekarang ini, ada enam subjek teras, jadi mungkin kita akan kurangkan kepada empat sahaja subjek teras.

‘‘Kalau empat subjek teras bermakna ada enam lagi subjek (untuk elektif), jadi dia boleh memilih subjek bahasa Tamil, Mandarin atau agama, masih ada ruang untuk dia buat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini hari ini.

Enam mata pelajaran teras bagi pelajar yang menduduki SPM pada masa ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik dan Sains.

Semalam, Muhyiddin berkata, keputusan kerajaan mengehadkan pengambilan tidak lebih 10 mata pelajaran di kalangan calon SPM mulai tahun depan adalah hasil kajian mendalam pelbagai pihak.

Beliau berkata, kajian itu menunjukkan fokus tidak harus terhadap bidang akademik semata-mata sebaliknya penekanan yang sama perlu diberikan perkara lain.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pihaknya sedia maklum keputusan berkenaan menimbulkan rasa bimbang di kalangan sesetengah pihak termasuk dibantah oleh MIC baru-baru ini.

Beliau berkata, walaupun kebimbangan itu wujud namun beliau yakin ia tidak menjejaskan pencapaian calon-calon SPM.

‘‘Saya tak bimbang tentang perkara itu tapi penjelasan muktamad akan dibuat dalam terdekat ini untuk beritahu kedudukan yang terakhir sekali,’’ katanya.

One Response to “4 subjek teras SPM?”

  1. […] 4 subjek teras SPM? […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: