Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Kurup bidas Bloggers – Puncanya Media Massa Korap!

Posted by Emg Trading & Services on 2 June, 2009

” Rijal – Timb. Menteri Asli Dan ALam Sekitar, Tan Sri Kurup persoal mengapa bloggers burukkan kerajaan. Jawapannya, kerana media massa korap dan dangkal demokrasi.. “

Kurup bidas penulis blog burukkan kerajaan

KENINGAU: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup, membidas penulis blog yang masih menggunakan blog mereka sebagai medan untuk menanam bibit kebencian terhadap kerajaan.

Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah berkata, apa yang menyedihkan ialah ada di kalangan penulis dan pengendali blog yang berpelajaran dan pernah menikmati bantuan kerajaan termasuk biasiswa.

“Misalnya, terdapat blog di pedalaman yang menuduh kerajaan tidak memberi pembangunan kepada rakyat, tetapi pada masa yang sama bloger tersebut menggunakan kemudahan serta infrastuktur yang disediakan oleh kerajaan.

“Malahan ada kalangan mereka yang berkhidmat dengan kerajaan. Golongan ini adalah golongan yang tidak tahu mengenang budi. Niat mereka hanyalah menanam sifat permusuhan dan kebencian terhadap kerajaan,” katanya di sini hari ini.

Kurup berkata, blog seharusnya digunakan untuk melahirkan bangsa yang lebih berkualiti melalui penulisan yang membina.

“Penulis blog perlu bertanggungjawab dalam penulisan mereka dan bukan sekadar menghentam kerajaan yang berjasa kepada mereka atau bertindak berat sebelah.

“Sebenarnya kerajaan negeri dan persekutuan telah banyak membawa pembangunan di kawasan pedalaman termasuk di Keningau. Kenapa pula penulis blog tidak boleh menonjolkan berita yang positif kepada pembaca,” katanya.

Sehubungan itu, Kurup yang juga Anggota Parlimen Pensiangan meminta penulis blog supaya menggunakan kemahiran mereka untuk tujuan yang baik termasuk menganjak paradigma di kalangan pembaca mereka.

Beliau berharap rakyat di kawasan luar bandar tidak mudah terpedaya dengan penulisan dan kenyataan di dalam blog yang sering memutarbelitkan hakikat. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: