Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Isu “SIS”: kenyataan hina Islam Dr. M dan DS Najib perlu disiasat?

Posted by Emg Trading & Services on 11 June, 2009

oleh Khairulrijal

Berdasarkan perkembangan semasa, kronologi kenyataan “Sisters In Islam” (SIS) semakin mendapat perhatian masyarakat. Isu yang paling diingati ialah isu anti aurat wanita / tudung pada sekitar tahun 1997.  SIS telah mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja bercanggah malah menghina syariat Islam sebelum ini. Rujuk artikel sebelum ini  (klik di sini).

Bagaimana pula dengan ucapan ketua negara seperti Tun Dr. M yang telah didakwa menyatakan“Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.Rujukan; Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

Selaku negarawan terbilang, kenyataan dan pandangannya akan menjadi rujukan kepada masyarakat khususnya minoriti Non-muslim yang belum terdedah dengan hakikat sebenar ajaran Islam. Oleh yang demikian,  suatu Jawatankuasa Khas perlu ditubuhkan bagi menyiasat kebenaran dan menyelidik dengan bukti yang kukuh pernyataan dan perlakuan yang didakwa pernah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir semasa menjawat jawatan PM dan DS Najib sebelum ini :

Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad

  • Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO) – “Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997 – Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun dikatakan mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 – “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Allahyarham Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994 – “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”
  • Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): “Hukum rejam kepada penzina adalah primitif”
  • Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor –  “Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.”
  • Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan – “Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992“Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994 – “Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik”

Kenyataan DS Najib Tun Razak

  • Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan:  “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan.”
  • Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

Perlakuan DS Najib Tun Razak didakwa bertentangan ajaran Islam

  • Dakwaan Akuan Bersumpah Mr. Thagarajoo atas perlakuan bertentangan dengan ajaran Islam. Rujuk akuan bersumpah berikut : atau (klik di sini akuan 1, akuan 2)

Sebagai rakyat dan warganegara sah negara ini, kita merayu pihak Jabatan Agama Islam Selangor, Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan meneliti dakwaan di atas kerana ia tersebar luas di media eletronik yang boleh menjatuhkan maruah individu muslim dan kepimpinan sesebuah negara.

Sekiranya terbukti kebenaran dan kesahihan maklumat di atas dari sudut undang-undang yang termaktub di negara ini, tindakan sewajarnya perlu dilakukan bagi menghindar tindakan dan kenyataan serupa berulang dan akan mengelirukan masyarakat atas dasar pandangan mereka yang diterima pakai sebagai pandangan awam dan dasar bagi sesebuah kerajaan yang sedang memerintah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: