Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Kes ISA 7: Rakan-rakan UiTM, buktikan ukhuwah anda!

Posted by Emg Trading & Services on 12 June, 2009

Berikut adalah komentar saya pada blog alfadhil Ustaz Idris Ahmad berhubung artikel berkaitan (klik di sini)

Panjangkanlah pesanan ini melalui blog, email dan segala medium yang ada agar kita dapat turun menyuarakan sokongan moral kepada sahabat kita ini.

Alfadhil ustaz dan salam perjuangan rakan-rakan bloggers,

Bagi pihak rakan-rakan dari ITM dan sahabat-sahabiah yang pernah bersama-sama beliau di kampus mendoakan kejayaan kes berkenaan. Kes berkenaan telah memberi hikmah besar kepada UiTM kerana telah berjaya melahirkan seorang seorang pejuang kental merangkap tenaga pemuda jemaah berkaliber di peringkat Wilayah.

Ia menjadi tauladan kepada rakan-rakan mahasiswa yang lain khususnya mahasiswa UiTM agar jangan mudah mengalah dengan rintangan dan kekangan yang melanda.

Saudara, teruskan perjuangan, kami sentiasa mendoakan kejayaanmu. Kes ini memahat sejarah baru kepada perundangan tanahair apabila ia menjadi antara kes terpanjang pengantungan pelajar universiti di dalam sejarah Malaysia. Ia juga mencatat rekod demokrasi terburuk UiTM sepanjang penubuhannya sejak November 1956.

Saya menyeru diri saya dan rakan-rakan yang berkelapanagan agar dapat turun padang dan bersama-sama dalam mendengar keputusan berkenaan pada 7 Julai berkenaan.

BUKTIKAN ukhuwah yang ada pada anda semua berkekalan walaupun sudah berpisah lebih 9 tahun!, marilah turun memberikan semangat kepada sahabat kita ini kerana anda semua tidak diuji dengan dugaan sedemikian. Entengnya anda terhadap pertemuan ini mengambarkan lemahnya baiah & ukhuwah rakan-rakan ITM sekalian!

mt mppuitm2000

Panjangkanlah pesanan ini melalui blog, email dan segala medium yang ada agar kita dapat turun menyuarakan sokongan moral kepada sahabat kita ini.  “Marilah kita bertemu dan berpisah kerana Allah SWT”.

Sekian,
Amir kampus ITM 2000 / Mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM 99-2000
https://khairulrijal.wordpress.com/

2 Responses to “Kes ISA 7: Rakan-rakan UiTM, buktikan ukhuwah anda!”

  1. MOFAS said

    Salam ziarah…
    wahh..mantap betul blog ni.
    actually nk tinggalkan komen kat page pandangan peribadi tu, tp nape ntah xleh plak…
    so tinggalkan komen kat sini la…
    MANTAPLAH…

  2. Hlm gemuk said

    Saya yakin, yang benar pasti dibantu tuhan. Encik Helman Samsudin hendaklah bersabar.

    Encik menjadi lambang perjuangan mahasiswa hari ini.

    Tahniah encik.

    Tahniah juga pemilik blog yang prihatin membela mahasiwa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: