Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Kerajaan Perpaduan : “Antara wala’’ dan “RAHMAT percanggahan pendapat dalam agama”

Posted by Emg Trading & Services on 13 June, 2009

“Antara wala’’ dan “RAHMAT percanggahan pendapat dalam agama”

Muktamar sudah selesai. ‘Gendang’ dan ‘pahat’ sepatutnya sudah tidak berbunyi. Fasa pelaksanaan menjadi tema pemikiran kepimpinan yang baru dipilih. Dalam pada itu, walaupun ucapan penangguhan selaku penutup tirai mengakhiri perhimpunan agung ini, ia belum cukup menutup dan menyatukan ‘wihdatul fiqr’ ahli-ahlinya. Ada soalan sudah dijawap tetapi masih belum sempurna berkaitan ‘kerajaan tanpa pembangkang’.

Apa yang berlaku? adakah tempoh hampir seminggu percambahan minda dan idea belum cukup untuk mencanaikan secukupnya hasil muktamar? Kata orang, rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Saya cuba sedaya mungkin bernada sederhana dalam membincangkan hal ini.

Perumpamaan mudah, dalam 1 peperangan di musim bencana, tiga laungan dari panglima-panglima besar kedengaran hampir serentak,

…(laungan panglima timur) : ‘Berhenti berperang!’, mari bersama dengan musuh membina tempat berlindung sehingga menunggu habis bencana..

…(laungan panglima barat) : ‘Tidak!, musuh ini tidak boleh dipercayai sudah ramai yang dibunuh musuh ini, bencana yang datang pun bukan baru ini sekali’

….(laungan panglima muda yang mempunyai angkata terbesar pula menyatakan) :

‘Kita diajar agar dengar dan taat, jika tidak strategi tidak akan berjaya.”

Maka perajurit dari serata benua yang pelbagai tahap umur, dari kalangan jawa, bugis, banjar, tidung dari pelbagai bahasa yang mendengar laungan ini berkecamuk. Mana satu  yang betul? Hendak terus menikam atau menyimpan senjata? Pedang di tangan masih dihayun, cuma temponya sudah lari. Kabilah lain yang turun sama berperang juga saling terpinga-pinga. Berdamai sementara? Bina tembuk untuk bencana? Musuh tidak meminta, sebaliknya menambah meneruskan adu-domba.

Dalam keadaan PRK Manik Urai yang semakin dekat, jentera perang saraf BN dan Pas yang semakin rancak. Segala isu yang timbul pada parti lawan menjadi taruhan utama. Selaku pendokong, kita cuba berlaku adil untuk mendengar semua pendapat yang ada, di samping ‘thiqoh’ dan ‘walaa’ yang tersemat di jiwa mencipta getus di dalam hati. Perlu diteruskankah ‘muktamar’ tidak rasmi ini?

Dalam tahun 1974, ketika PAS bertindak menyertai komponen Barisan Nasional walaupun tidak ada protes secara besar-besaran dilakukan oleh ahli-ahli PAS di seluruh negara, namun manifestasi tersebut telah digambarkan melalui tindakan personal secara individu. Di Johor sahaja, dua orang calon PAS telah mengistiharkan diri sebagai calon bebas walaupun akhirnya tewas di tangan calon perikatan.

Walaupun kali ini jelas bukan kita hendak bersatu sebantal dengan BN, tetapi polimik dan pendekatannya tidak begitu jelas bagi ahli akar umbi. Secara terangnya, Apakah Presiden PAS, TGHH bersalah? Tidak! Apakah Mursyidul Am, TGNA bersalah? Tidak! Tapi, ianya adalah isu yang dimainkan oleh media pro-UMNO/BN dan berjaya mempengaruhi rakyat yang rata-rata membenci UMNO/BN ini. Masa terus berlalu, penyelesaian yang konkrit masih belum berisi, maka ini dianggap satu kelewatan yang tidak sepatutnya berlaku. Usul 20 Hassan al-banna menyatakan, pencanggahan pendapat dalam Islam itu rahmat. Usul yang lain menyatakan, walaa’ pada pimpinan penting dalam amal jamaie. Oleh itu, genjatan senjata atau apa pun istilahnya perlu disegerakan. Buat sementara ini, patuh dan walaa’ perl kekal di landasannya. Rahmat Allah pasti ada di bawah kepimpinan ulamak. Ambillah usul 18 Hassan Albanna ini sebagai penutup perbincangan ini.

“ Usul ke 18 – Islam telah membebaskan akal dan memberi galakkan supaya memerhatikan bumi ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam setiap perkara. `Hikmat itu adalah perkara yang hilang dari mukminin dan sekiranya dia menjumpainya, dialah yang paling berhak dengannya.”

Usul lain yang terkait dalam sebarang isu  yang boleh dijadikan panduan umat ini.

Usul 6 – Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata yang keluar dari orang yang dilindungi dari dosa, Rasulullah SAW. Setiap perkara yang datang dari para salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan kitab Allah dan sunah, kita hendaklah menerimanya. Kalau tidak bertepatan dengan nas, maka nas al-Quran dan sunah Rasulullah SAW adalah yang lebih utama untuk diikuti. Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk dan memburukkan seseorang dari mereka walaupun apa yang telah diselisihkan mengenainya. Kita serahkan semuanya kepada niat masing-masing kerana mereka telah bergantung kepada apa yang telah mereka kerjakan.

Usul 8 –  Perselisihan faham dalam perkara furuk fekah tidak boleh menjadi sebab kepada berlakunya perpecahan di dalam agama, juga janganlah ia membawa kepada perbalahan, kemarahan antara satu sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya. Tidak ada halangan jika dilakukan pengkajian ilmiah yang adil dalam masalah yang diperselisihkan ini yang dilakukan dalam naungan perasaan kasih mengasihi kerana Allah, bantu membantu untuk sampai kepada hakikat yang sebenarnya, dengan tidak membawa kepada perbahasan yang dikeji dan perasaan taasub.

Usul 19 –  Kadang-kala setiap pandangan syarak dan pandangan akal menyelusup ke dalam perkara yang tidak ada pada pandangan yang kedua tetapi keduanya ini tidak akan berselisih dalam perkara yang pasti (qat’ie). Hakikat ilmiah yang sahih tidak akan bertembung dengan kaedah syarak yang tetap. Perkara yang dzan (diragui) darinya akan ditakwilkan agar bertepatan dengan perkara yang qat’ie. Jika keduanya adalah perkara yang `dzan’, maka pandangan syarak adalah lebih utama untuk dipakai dan pandangan akal ketika itu hanyalah untuk memastikannya sahaja ataupun dihapuskan terus.

One Response to “Kerajaan Perpaduan : “Antara wala’’ dan “RAHMAT percanggahan pendapat dalam agama””

  1. Hlm gemuk said

    Saya rasa media yang banyak mengeruhkan isu ini. Lain2 ok. Saya sokong Nik Aziz!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: