Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Fathi Yakan : “A Man After My Own Heart was Osama Bin Laden”

Posted by Emg Trading & Services on 15 June, 2009

  

 

“A Man After My Own Heart”… Ia bukan ayat penulis, ia adalah ayat Fathi Yakan apabila di tanya oleh wartawan FrontPageMag.com berkenaan dengan musuh no 1 Amerika dan dunia barat, Osama Bin Laden. Ia bagi mengulas hubungannya dengan Dr. Fathi Yakan. Itulah keberaniannya, walaupun beliau sendiri adalah memegang kerusi parlimen negaranya.

Itu jugalah gambaran hubungannya dunia Islam dengan Fathi Yakan. Siapa yang tidak ditemuinya, Amerika Syarikat yang mempunyai segala kelengkapan canggih tidak mampu menemui Osama Bin Laden, tapi bagi Dr. Fathi Yakan ia rakan yang biasa ditemuinya. (Klik di sini)

Pemergiannya suatu kehilangan yang amat besar khususnya di Lubnan. Beliau adalah antara pengasas gerakan Islam di Lubnan, pernah menjawat Jawatan Setiausaha Jamaat Islam Fil Lubenan, ahli parlimen Lubnan (1996) dan menupakan “nakib” usrah dan gerakan dakwah seluruh dunia Islam.

Beliau telah menulis pelbagai buku melebihi 35 buah buku yang telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa. Bukunya yang paling dikenali “Mengapa Saya Menganut Islam” atau dalam versi arabicnya ‘Maza Yakni Intima’i Lil Islam’ menjadi silibus asas mana-mana gerakan Islam samada di Kaherah hinggalah ke Malaysia. Bahasanya mudah difahami, lancar di lidah dan lancar di minda.

Dr. Fathi Yakan dilahir pada tahun 1933 dan wafat pada 14 Jun 2009 pada usia 76 tahun. http://www.ikhwan-jor.com/.

Dialah yang menegur pada para pendokong gerakan Islamiyyah melalui bukunya “Golongan yg tercicir di jalan dakwah” atau ‘Almutasaqitun ‘ala toriqidda’wah’. Buku ini begitu dalam maknanya kepada penulis.

Penulis pernah yang menggunakan istilah ‘al-mutasaqitun’ dalam taaruf pertama Mesyuarat Kawasan Pertama Pemuda PAS Kawasan Sri Gading. Ada yang tercenggang dengan istilah itu. Ianya bukanlah istilah yang “cantik”. Ia ada istilah untuk orang yang ‘gugur’ dari perjuangan dakwah. Ia adalah orang yang tercicir dari perjuangan Harakah Islamiyyah setelah segala kefahaman dan susr galur tarbiah dilalui. Penulis pernah mencampakkan diri saya dalam kelompok itu pada suatu masa. Walau apa pun alasannya, ianya bukanlah suatu pengalaman yang “menarik” untuk dikongsi. Cukuplah sekadar disimpulkan bahawa, sekiranya anda berada dalam situasi itu, anda berharap untuk tidak menemui ajal, sehinggalah kembali bertaup pada jemaah yang tercinta ini.

Semoga naqibah agung ini dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: