Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Mansuh PPSMI : A. Samad Said turun Batu Pahat

Posted by Emg Trading & Services on 17 June, 2009

Pemuda Pas Kawasan Sri Gading berganding bahu bersama GMP (Gagasan Mansuh PPSMI)  dalam memastikan agenda kebajikan pelajar luar bandar terus terbela. Kesan pelakasanaan PPSMI bukan isu politik, ia adalah isu keruntuhan nilai bahasa ibunda dan kesan pelaksanaannya membawa petaka kepada anak-anak melayu luar bandar.

A. Samad Said

A. Samad Said, April 2008

Terbaru, kehadiran Sasterawan Negara, A. Samad Said di Batu Pahat pada Sabtu (20.06.2009) bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kesan bahasa melayu yang sudah bertapak lebih 900 tahun ini perlu dikekalkan sebagai bahasa pengatara dan identiti keilmuan masyarakat kita. Sekiranya ia dibenarkan berlaku, penjanaan ilmu dan bahasa ini mungkin akan terus luput sebagai bahasa utama dunia 500 tahun akan datang.

Penulis  menyatakan ayat retorik di atas bukan atas lencana ‘PAS’ semata-mata, masyarakat bersatu bukan atas ‘lencana’ politik tetapi atas kesedaran kendiri dan anak-anak generasi kita. Pelbagai kajian telah dibuat dan hasilnya tetap sama, kita perlukan kaedah selain PPSMI. Rujuk kajian-kajian yang telah dibuat berikut bagi memahami situasi sebenar kesan PPSMI. Klik kajian 1 terhadap 25 buah sekolah seluruh negara, kajian 2  terhadap 65 buah sekolah oleh UPSI). Banyak lagi rencana, diskusi, forum dan kajian yang tidak dapat dimuatkan di sini.

Hakikatnya, ini bukan omongan kosong, ia bukan kata-kata orang awam seperti penulis, ia disokong oleh berbagai bidang dan profesional bahasa seluruh negara, termasuk :

  • Profesor Diraja Ungku Aziz yang telah menyatakan, “Memastikan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar tidak harus diambil ringan kerana ia satu-satunya instrumen perpaduan paling berkesan diterapkan dalam sistem pendidikan, sekali gus dapat memastikan kelestarian pembangunan negara pada masa depan” (Berita Harian, 20 November 2008)

 P U Aziz

  • Tokoh Akademik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad, pula menegaskan kajian terperinci perlu dilaksanakan pihak terbabit dengan membuat perbandingan menyeluruh pencapaian UPSR pelajar di bandar dan luar bandar dalam kedua-dua mata pelajaran itu. Katanya “kejayaan segelintir pelajar di bandar atau daripada kumpulan elit tidak wajar dijadikan alasan untuk meneruskan dasar yang sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan bagi majoriti pelajar lain khususnya di luar bandar”. 
  • Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron menyatakan dalam kajiannya “Kajian saya bersama empat pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris mendapati sejumlah 85 peratus murid melaporkan guru mereka mengajar Matematik dan Sains menggunakan campuran bahasa Melayu dan Inggeris, selain sebahagian besar murid atau 83 peratus meluahkan perasaan kesukaran mempelajari Sains dalam bahasa antarabangsa itu, walaupun mereka mempelajari subjek berkenaan sejak 2003,” 
  • Persatuan Ulama Malaysia, menyatakan bantahan serius bahawa golongan agama / Ulama’ Muafakat Mansuhkan PPSMI dan bantahan di bawa ke Majlis Raja-Raja Melayus seperti yang dipaparkan oleh pejuang bahasa Prof Abdullah Hassan. (Klik di sini) Ia di tandatangani oleh : 1. Ustaz Abdul Ghani Samsuddin (Pengerusi, SHURA)
    2. Hj. Mohd. Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS Pengupayaan Melayu)
    3. Dr. Abdul Rahman Awang (Ahli Lembaga SHURA)
    4. Prof. Shahrir Mohamad Zain (Timbalan Pengerusi, GMP)
    5. Prof. Emeritus Abdullah Hassan (Naib Pengerusi, GMP)
    6. Encik Hasni Abas (Setiausaha, GMP)
    7. Ustaz Wan Ahmad Tarmiz Aziz (Pengerusi Persatuan Ponyokong Sekolah Agama Rakyat)
    8. Tuan Hj. Salleh Abu Bakar (Ketua Penerangan TERAS)
    9. Ustaz Azhan Ishak (Pengarah Pusat Motivasi At-Taqwa, Ipoh)
    10. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Naib Presiden, PKPIM)
    11. Mohd. Saifullah b. Mohd Zulkifli (Aktivis, PKPIM)
    12. Tuan Kassim Muhamad (Aktivitis, GMP) 
  • Turut menanda tangani memorandum
    13. Datuk Dr. Abdul Samad Mohamed Said (Sasterawan Negara)
    14. Datuk Ustaz Abu Bakar Cik (Pengerusi, Asian Federation Muslim Youth)
    15. Puan Ainon Mohd (AJK, GMP)
    16. Abu Qassim Nor Azmi (Aktivis, PKPIM)
    17. Ustaz Yusuf Mahmud (YDP, Persatuan Ulama’ Kedah)
    18. YB Datuk Mahfuz Omar (Pengerusi, Inst. Pemb. dan Pengemblengan Komuniti – IMPAK)
    19. Che Shamsuddin Othman – Dinsman (Pengerusi, PAKSI)
    20. Hj. Mohammad Salleh Bakar (Ketua Penerangan TERAS)
    21. Ustaz Hafiz Mustaffa Lubis (YDP Angkatan Belia Islam Malaysia, Kedah)
    22. Uztaz Abu Khair Ayub (Maahad Tarbiyyah Islamiah, Derang, Kedah)
    23. Dr. Khairuddin Datuk Abdul Malik (Pengerusi JAMA’IY)
    24. Dr. Zaini Hamzah (Pengerusi, TERAS, Wilayah Persekutuan)
    25. Dr. Syed Jamaluddin Syed Ali (Timb. Pengerusi TERAS, Selangor)
    26. Ustaz Zulkifli Ibrahim (Timbalan Pengerusi JAMA’IY)
    27. Ustaz Khairul Mustafa (Setiausaha, Persatuan Ulama’ Malaysia Wilayah Persekutuan)
    28. Prof Madya Dr. Wan Salim Mohd Nor (YDP, Persatuan Ulama’ Malaysia, Pulau Pinang)
    29. Ust. Awaluddin Jefry (YDP, Persatuan Ulama’ Malaysia, Johor)
    30. Ustaz Dr. Arshad Taib (Ulama’ Perlis)
    31. Ustazah Fauziah Thani (bekas Pengetua, Sekolah Menengah Agama Alawiyyah, Perlis)
    32. Dr. Fadhlullah Jamil (Pengerusi, WADAH P. Pinang)
    33. Datuk Abdul Halim Kader (YDP Persatuan Ulama’ Malaysia)
    34. Hj. Hussin Ismail (Pengerusi, Yayasan Amal)
    35. Dr. Abdul Rahman Ahmad (Pengerusi Wadah Pencerdasan Ummah, Kedah )
    36. Ustazah Masadah Sajadi (Pengerusi, Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia)
    37. Ustaz Tahir Ali (Ahli, Lembaga TERAS)
    38. Hj. Ismail Wan Teh (Naib Pengerusi, WEHDAH)
    39. Hj. Mutalib Rawther (Pengerusi, TERAS, Pulau Pinang)
    40. Ustaz Muhammad Nabigh bin Abu Samah Al-Hashimi (Jabatan Pendidikan Islam UiTM)
    41. Uztaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (Setiausaha, Institiut Penyelidikan dan Pengembangan Syariah, Malaysia – ISRA)
    42. Dr. Kamaruzaman Yusuf (Ahli Ilmuan Islam UKM)
    43. Ustaz Wahab (Muhammadiah Internasional)
    44. Encik Kamal Syukri (Timbalan Presiden, Persatuan Linguistik Malaysia)
    45. Encik Salman Siddiqiy Mohd Azmi (Jaringan Pemuda TERAS Nasioanal)
    46. Ustazah Fatimah Ahmad (Pengerusi SALIMAH – TERAS)
    47. Ustaz Azmi Bahari (Ketua Kurikulum dan Koperasi Maahad Tarbiah Islamiah, Perlis)
    48. Hj. Jaafar Daud (Timbalan Pengerusi, TERAS Perlis)
    49. Ustaz Mohd Shahimi bin Abdul Kemali (Pendidik MADI, Perlis)
    50. Ustaz Rashid Muhammad (WADAH, Pahang)
    51. Ustaz Abdul Wahab Nor Al-Haj (Ahli JawatanKuasa Pergerakan Pemerkasaan Tulisan Jawi PERAWI-TERAS)
    52. Ustaz Khairuddin At Takiri ( Pengetua Darul Fuqaha, Bandar Baru Bangi)
    53. Ustaz Abdul Sattar (Pendidik MADI, Perlis)
    54. Shah Rizan Sazali (Pengerusi Ummah Aid)
    55. Ustaz Kamaruddin Kassim (Pengerusi, Persatuan PRIHATIN)
    56. Aziz bin Man (Pengerusi, Persatuan Kebajikan Warga Desa)

Oleh yang demikain, saya menyeru semua pihak, marilah bersama-sama kita bermuhasabah diri dan menerima pembahasan serta suara hati rakyat bahawa PPSMI perlu dimansuhkan segera . Perlu dinyatakan di sini bahawa pernyataan ini bukan untuk gimik dan tujuan politik, agenda umah perlu dilihat lebih besar dari segala-galanya. Ia seharusnya dilihat sebagai menyelamatkan Melayu yang dikenal melalui keindahan dan kehebatan bahasanya.

Ungkapan “Takkan melayu hilang di dunia” ungkapan keramat Hang Tuah 900 tahun lalu masih difahami sehingga ke hari ini, bahasa yang sama sedang kita perjuangkan pada hari ini. 

Mari turun ke Baru Pahat!

2 Responses to “Mansuh PPSMI : A. Samad Said turun Batu Pahat”

  1. Sy Haleem said

    Assalamu’alikum.

    Berita pemansuhan ppsmi, memberi sedikit kelegaan,
    tetapi tarikh berlakunya, sangat jauh, 3 tahun dari sekarang..
    Apa akan jadi dengan anak-anak berumur 6 dan 5 tahun sekarang ni ? Apakah mereka akan melalui penderitaan dan kemunduran seperti abang dan kakak mereka lalui. mereka akan menjadi bahan ujian/sampel terakhir, dalam ujian yang terbukti mengalami kegagalan. Mereka ini bukan sedikit, malah amat penting dalam pembelajaran awal di bangku sekolah.

    Saya merayu, agar GMP memandang serius perkara ini dan terus bergerak memansuhkan SECEPAT MUNGKIN pendekatan tidak bijak ini.

    Kenapa, di peringkat perlaksanaan ppsmi, cuma ambil masa 6 bulan sahaja, namun pemansuhan pendekatan yang terbukti gagal ini, ambil 3 tahun..
    Tak perlulah Tan Sri Muhiddin atau Presiden parti menanggis di hadapan hadirin (seperti Tun Mahathir) menguggut untuk melaksanakan pemansuhannya secepat mungkin pula.

    Kerja-kerja GMP belum selesai !!
    Selama mana pemansuhannya belum berjalan, selagi tu lah mereka perlu terus bekerja. Anda tentu tidak mahu anak anda yang berumur 6 tahun sekarang melalui pendekatan BODOH itu dalam awal pendidikannya.

    Jangan biarkan gerabak yang dah terbalik ini terus ditarik..
    Merugikan dan amat merbahaya !

    • khairulrijal said

      Ia perlu tindakan segera. Semua pihak perlu mempergaitkan usaha mendesak ia disegerakan. Saudara dan rakan-rakan yang lain perlu menyuarakan perkara ini sedaya upaya yang kita mampu, memanjangkan masa akan menyebabkan kesannya lebih panjang.

      Apa pun tindakan paling praktikal ia boleh jadi pada awal tahun depan. Kerana ia mungkin melibatkan faktor teks rujukan, kemudahan bantu mengajar, dan lain-lain terutamanya bagi sekolah-sekolah di pedalaman dan luar bandar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: