Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Isu Kerajaan Perpaduan : Moral Di Sebalik Isu

Posted by Emg Trading & Services on 22 June, 2009

Tulisan : Suhaizan Bin Kaiat
Sumber dipetik : Detikdaily

Isu kerajaan perpaduan dan kerajaan Pakatan Rakyat semakin menjadi isu penting kepada media arus perdana. Media ini seolah-olah mengambarkan perpecahan serius sedang berlaku dalam PAS. Perpecahan ini akan membawa kekalahan PAS dalam pilihanraya akan datang. Isu ini memang ada pro dan kontranya. Saya penuh yakin isu ini adalah merupakan proses kematangan PAS sebagai parti yang akan memerintah negara ini.

Apakah maksud tersirat disebalik isu ini ?

Pertamanya : Dalam PAS tiada yang dikatakan kuasa VITO Presiden. Segala keputusan dibuat melalui mesyuarat. Hasil daripada muafakat ini menghasilkan suatu keputusan yang mantap. Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan semua peringkat kepimpinan PAS bertindak mengikut keputusan mesyuarat. Jika ada pihak yang terkeluar daripada keputusan mesyuarat. Maka cepat-cepat teguran dibuat. Tiada kuasa super-power individu. Ia tidak sebagimana parti politik tertentu segala-galanya keputusan PRESIDEN. Macam ditaktor.

Keduanya: Dalam PAS semua pihak boleh saling tegur menegur. Bila suatu pihak menegur, pihak yang ditegur membuat muhasabah. Niat pihak yang menegur bukan berniat peribadi tapi demi kepentingan Islam. Pihak yang ditegur pula merujuk kepada Islam untuk memuhasabah diri. Pendek kata yang penting Islam. Matlamat kelompok atau individu tidak penting. PAS tidak seperti parti-parti tertentu. Pihak yang menegur akan dipulau, ditarik projek, dibunuh kariernya dan macam-macam lagi.

Ketiganya : Isu ini merupakan indikator sebenar terhadap sayangnya masyarakat pelbagai agama dan bangsa kepada PAS. PAS yang dilihat asing sebelumnya telah diterima baik oleh mereka pada mac 2008. Antara golongan yang cukup terkesan terhadap isu ini adalah Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada masyarakat cina dan india. PAS tidak pernah menguji mereka. Bapak yang cerdik perlu menguji sikap sebenar anak-anaknya. Sesekali bapak akan buat hal. Barulah bapak ini akan tahu sikap sebenar anak-anaknya. Isu ini akan lebih mempertaupkan PAS dengan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dalam negara yang tercinta ini. Bila keadaan ini berlaku maka UMNO akan terus mengangga sehingga tak sedar lalat masuk dalam mulut mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: