Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Kesimpulan UG: Pimpinan PAS berjiwa besar!

Posted by Emg Trading & Services on 22 June, 2009

 

Sidang Media Pakatan Rakyat hari ini (22 Jun 2009) menutup Sitcom isu Kerajaan Perpaduan. Sebagaimana yang diulas oleh kebanyakan bloggers PR dan wartawan PR sebelum ini, isu  UG adalah kesan manipulasi media yang amat teliti dan terancang. Teringat penulis kepada kempen yang telah kita lancarkan dan patut digemburkan semula iaitu boikot TV3, boikot Utusan / boikot Berita dan lain-lain. Media pasca pemeritah ini terlalu mengadu domba, terlalu jijik dan melaga-laga.

 

Disamping itu, kenyataan  Ustaz Ahmad Awang  dan Suhaizan Kayat amat bermakna kepada penulis. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Ahmad Awang amat berguna walaupun kelihatan sedikit terlewat, ia menc

eritakan betapa seharusnya UMNO tidak lagi diberi muka untuk keadaan apa sekali pun. Pertemuan sulit PR 12 dengan Pak Lah dan isu Perak menjelaskan segala-galanya.

(Klik di sini) untuk lebih lanjut. Manakala apa yang disimpulkan oleh Saudara Suhaizan Kayat, membayangkan betapa matangnya pimpinan PAS khususnya TGHA menerima kritikan awam. Apa tidaknya,semasa menonton ulasan pimpinan Pakatan Rakyat di kaca televisyen, (TGHA) begitu tenang dan terbuka apabila semua pimpinan Pakatan sepakat menolak UG. Bukankah itu pemimpin berjiwa besar. Di dalam keadaan kita semakin diterima umum, pimpinan tidak gopoh, sanggup menghulurkan tangan demi untuk kesejahteraan ummah. Kita bukan tamak ingin memerintah. Sayangnya, musuh yang kita hadapi, adalah biawak yang tersepit ‘hati’nya.

Reaksi TGHA begitu ringkas dan tidak beremosi membalas  asakan wartawan serta tohmahan yang dilontarkan kepadanya selama ini. Jauh hendak dibayangkan jika Ibrahim Ali duduk dalam situasi ini. Sukar digambarkan kekalutan pemimpin ‘umno paling bebas’ ini menghadapi situasi sebegini. TGHA telah berjaya mengeluarkan kita dari isu ini dengan keteguhan peribadinya. Kini, masanya telah tiba untuk kita menumpukan sepenuh minda dan tenaga ke PRK  Manik Urai yang semakin hampir. Kenyataan rasmi Tuan Guru Nik Aziz berkaitan isu Ustaz Nasha juga menutup tirai isu UG ini – (Klik ini).  Mari kita rapatkan saf, teruskan perjuangan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: