Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Sanggah kenyataan Dr Asri : kenapa PAS pula dicela?

Posted by Emg Trading & Services on 23 June, 2009

Membaca komen Dr Asri berkaitan isu perpaduan jelas masih menunjukkan sebahagian ilmuwan kita masih terkeliru dengan konsep tersebut. Malah, PAS yang dahulu menghulurkan tangan lebih dikecam berbanding orang yang menyatakan “kerajaan sedia ada masih kukuh, tanpa kerajaan perpaduan kita masih boleh memerintah- kenyataan Najib 22/06/09). Bukankah orang yang menolak di pihak satu lagi? mengapa orang yang menghulur bantuan pula perlu dicerca? Rujuk di sini.

Yang berbahgia Dr Asri  ada menyatakan  “…nampaknya lebih mudah untuk kelompok-kelompok politik muslim ini duduk dengan ‘orang lain’ dibandingkan saudara muslim mereka sendiri. Jika ada pun rekod buruk perdamaian yang pernah berlaku antara PAS dan UMNO, itu telah pun berlalu. Mereka yang terlibat dalam sejarah lepas sudah pun tiada dalam layar politik hari ini.”

 Pada pandangan saya, ia adalah kenyataan beliau selaku orang luar dari gerakan siasah ini. Beliau tidak pernah didedahkan peristiwa demi peristiwa yang melibatkan keterbukaan PAS untuk berbincang dan duduk semeja. Apa yang dirujuk mungkin kepada tragedi yang diketahui umum pada zaman Ust Asri dekad 70-an atau siri pertemuan yang diketahui umum. Sebenarnya ada banyak lagi peristiwa yang tidak dedahkan berkaitan usaha perbincangan PAS dan UMNO sebelum ini. Rintangan yang sepatutnya disentuh bukan sahaja tentang usaha perdamaian berkenaan, tetapi bagaimana PAS sentiasa menjadi ‘mentimun’ setiap kali bersetuju untuk berbincang atau ‘mula’ menyatakan bersetujuan berbincang. Dr Asri disaran membaca kenyataan Ust. Ahmad Awang (di sini) untuk mendapat sedikit gambaran sejauh mana PAS sentiasa terbuka dalam menyatakan kebenaran dan kepentingan ummah sejagat.

Pandangan saya, setujunya kita bersama dalam barisan pakatan rakyat atas dasar memberi keadilan yang lebih sempurna kepada masyarakat dan Islam. Kita sudah lama berada dalam acuan pemerintahan sedia ada, walaupun Islam kekal agama rasmi negara, kerosakan ke atas agama ini juga tiada taranya. Kalau kita tidak mampu melaksanakan Islam dalam pemerintahan, janganlah sampai kita menolaknya apatah lagi mengejinya dengan pelbagai kata..bukan begitu ustaz?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: