Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

22 Julai tarikh dengar bantahan Pejabat Peguam Negara terhadap Sisters in Islam

Posted by Emg Trading & Services on 24 June, 2009

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini menetapkan 22 Julai bagi mendengar bantahan Pejabat Peguam Negara berhubung permohonan Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia) untuk membuat semakan penghakiman ke atas pengharaman sebuah buku. Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof menetapkan tarikh itu dalam kamar apabila kes itu dipanggil hari ini.

Pada 15 Dis tahun lepas, SIS memfailkan permohonan bagi membuat semakan penghakiman dan menamakan Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri pada masa itu, sebagai responden. SIS memohon perintah pengharaman yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri ke atas buku yang bertajuk ’Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism’, yang diterbitkan pada 2005 diubah.

Buku itu merupakan susunan esei-esei berdasarkan kajian oleh aktivis dan cendikiawan antarabangsa dan disunting oleh ahli sosiologi Prof Norani Othman dari Institut Pengajian Antarabangsa dan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pemohon menegaskan bahawa pengharaman buku itu oleh Syed Hamid pada 5 Nov tahun lepas adalah di luar kuasa Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 dan melanggar Artikel 8(2), 10(1)(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan. SIS diwakili peguambela K.Shanmuga manakala Peguam Kanan Persekutuan Noorhisham Ismail mewakili responden. — Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: