Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Ghani Manipulasi DUN Johor Mengenai Bajet?

Posted by Emg Trading & Services on 24 June, 2009

Dipetik dari http://johordaily.blogspot.com

NUSAJAYA – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu kerajaan negeri menerima peruntukan berjumlah RM495.6 juta yang melibatkan 3,704 projek menerusi pakej rangsangan ekonomi pertama sehingga awal bulan ini.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman mendakwa daripada 3,704 projek itu, 2,001 projek daripadanya sedang dilaksanakan, 839 projek lagi sudah disiapkan manakala 864 projek di peringkat penyediaan dokumen dan tawaran.
See full size image

Abdul Ghani berkata, seramai 700 kontraktor Kelas F turut menerima faedah dengan melaksanakan projek-projek bernilai RM200,000 ke bawah melalui Program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Infrastruktur Asas (PIAS) menerusi pakej rangsangan ekonomi pertama tersebut.

Menurut Abdul Ghani, kerajaan negeri menerusi pakej rangsangan ekonomi kedua pula menerima sejumlah RM1.04 bilion dengan melibatkan 536 projek.

Beliau berkata sehingga kini 240 projek bernilai RM994 juta masih dalam penyediaan dokumen, 280 projek dengan kos RM55.5 juta pula sedang dilaksanakan manakala 16 projek bernilai RM1.3 juta telah siap dan dibuat pembayaran.

“Seramai 294 kontraktor Kelas F telah berjaya memperoleh projek melalui undian dengan nilai kos RM26.8 juta dan projek tersebut sedang giat dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu ketika Johor Daily bertanya kepada seorang pemimpin Pakatan Rakyat, ” Apa bezanya RMK-9, Bajet 2009 dan Pakej Rangsangan ?”. Beliau menjawab, ” BN sudah biasa menipu, Bajet 2009 pun dianggap Bajet Rangsangan.”

Johor Daily berharap ada Ahli Dewan Undangan Negeri bertanyakan kesahihan dan angka terperinci pekara tersebut terhadap Ghani mengenai ketiga-tiga bajet tersebut di sidang DUN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: