Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

TERKINI : H1N1 kini di JOHOR!!

Posted by Emg Trading & Services on 24 June, 2009

Pelajar perempuan pulang dari Melbourne mangsa H1N1 pertama di Johor

24/06/2009 12:42pm

NUSAJAYA 24 Jun — Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun disahkan mangsa pertama penyakit Influenza A (H1N1) di Johor selepas pulang dari Melbourne, Australia, dua hari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kesihatan Johor Dr Robia Kosai berkata pelajar itu yang menaiki penerbangan SQ0238 Singapore Airlines dan mendarat di Lapangan Terbang Changi, Singapura, mengalami demam dan selesema apabila tiba di rumahnya di Johor Baharu.

“Pelajar itu yang telah berada di Melbourne sejak enam bulan lepas pulang ke rumahnya untuk bercuti. Dia kini berada di Hospital Sultanah Aminah untuk pengawasan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Robia berkata keluarga pelajar itu termasuk bapa, ibu, adik lelaki berusia 16 tahun dan adik perempuan berusia 17 tahun sedang dikuarantin selama seminggu di rumah mereka.

Turut dikenakan kuarantin di rumah adalah pemandu teksi, berusia 36 tahun, yang membawa pelajar itu pulang ke rumahnya.

Dr Robia berkata nenek pelajar perempuan itu meninggal dunia akibat sakit tua pagi ini dan keluarga itu dengan pengawasan kakitangan Jabatan Kesihatan akan dibantu bagi urusan melawat dan pengebumian supaya mereka tidak terdedah kepada orang awam lain.

Beliau berkata kakitangan Jabatan Kesihatan turut akan dihantar ke sekolah kedua-dua adik mangsa iaitu Sekolah Menengah Datuk Jaafar dan Sekolah Menengah Infant Jesus Convent kerana kedua-duanya bersekolah semalam.

“Kita akan siasat kedua-dua sekolah tersebut untuk mengelak sebarang kemungkinan jangkitan virus tersebut,” katanya. — Bernama

2 Responses to “TERKINI : H1N1 kini di JOHOR!!”

  1. SALAM. Hebat juga blog anta, selalu update… Bila lagi nak join komuniti agi. Layari http://www.agi4all.com.
    Anta kena register, dpt email pengesahan, reply back & kami akan ubah anta jadi editor. So anta boleh la hantar apa2 artikel pada kami untuk dijadikan tazkiran, perangsang, nasihat, teguran & panduan ahli2 AGI. Nanti anta boleh create email sendiri di agi4all. Anta bagi juga email anta untuk ana fwd sistem CMS portal kami untuk rujukan.
    JZKK

    • khairulrijal said

      Saudara Syaiful

      Terima kasih atas pelawaan. Insya Allah dalam masa terdekat. Doakan semoga ada kemudahan dan kelapangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: