Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

SPM 10 subjek : Info menarik untuk difikirkan

Posted by Emg Trading & Services on 25 June, 2009

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM adalah merupakan kemuncak ujian @ terakhir pendidikan menengah atas yang proses keseluruhannya berjalan selama 17 tahun. Ia bermula pada sekira 1970-an dan mencapai sepenuh pelaksanaannya pada tahun 1980 selepas pemansuhan MCE. Berikut senarai Menteri Pelajaran Malaysia:

Bil Menteri Tahun berkhidmat
1 Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein 1955 – 1957
2 Tan Sri Mohamed Khir Johari 1957 – 1960
3 Abdul Rahman Talib 1960 – 1962
4 Tun Haji Abdul Hamid Khan Bin Haji Sakhawat Ali Khan 1962 – 1964
5 Tan Sri Mohamed Khir Johari 1965 – 1969
6 Tun Abdul Rahman Yakub 1969 – 1970
7 Tun Hussein bin Dato’ Onn 1970 – 1973
8 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 1974 – 1978
9 Tun Musa Hitam 1978 – 1981
10 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1982 – 1984
11 Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 1984 – 1986
12 Datuk Seri Anwar bin Ibrahim 1986 – 1991
13 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1991 – 1995
14 Najib bin Tun Haji Abdul Razak 1995 – 1999
15 Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad 1999 – 2004
16 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh

2004 – 2009
17 Tan Sri Muhyiddin Yassin 2009

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Sekarang

Ke mana halatuju pelajar selepas itu?

  1. Matrikulasi atau kursus asas universiti seperti sijil, sijil kemahiran dan Diploma
  2. STPM
  3. Kursus luar negara seperti A-level.

Berapa peratus yang mengambil subjek lebih 10 subjek SPM?

Kurang 10%. Manakala 90% tidak terkesan dengan isu ini.

 

Siapa mereka yang telah berjaya ketika itu?

Berikut pelajar SPM terbaik negara :  

Tahun Nama Sekolah Keputusan
2003 Ahmad Atiq Abdul Hamid Sekolah Menengah La Salle Klang, Klang 14 1A, 1 2A
  Nicholas Pang Tze Ping Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu 14 1A, 2 2A
  Celestina Johnny Bouniu Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu 16 A
2004 Nur Amalina Che Bakri Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor 17 1A
2005 Chin Shiang Jin Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu 15 1A
  Esther Elizabeth Jack Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lumu, Klang 15 1A
  Chong Huey Ee SMK (P) Treacher Methodist, Taiping 15 1A, 1 2A
2006 Siti Fatimah Mukhtar Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu 17 1A
2007 Azali Azlan – Gambar (memecah rekod SPM Terbaik 2004) SMK Agama Yan 20 1A 1 2A
2008 Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal SMA (Agama) Maahad Muhammadi (Perempuan) 19 1A 1 2A

 

Berdasarkan statistik pelajar cemerlang SPM diatas, berapa peratus pelajar melayu yang berjaya?

  • 5 org = 50% pelajar melayu, 5 org = 50% pelajar cina.

Dari 50% pelajar melayu berkenaan, apakah latar belakang subjek yang diambil ? :

  • 3 orang = 60% pelajar aliran Sains Agama manakala 2 orang =  40% lagi selajar aliran sains. Trend 3 tahun terakhir kebelakangan ini, ia adalah dari pelajar aliran Sains Agama.

Apa kesan sekiranya mata pelajaran SPM dihadkan 10 subjek?

  • Kita tidak dapat mencungkil potensi sebenar keupayaan pelajar kita dan ia menjadikan gred pelajar 10A adalah paling maksimum. 
  • Ini bermakna kita TIDAK AKAN dapat melihat lagi kejayaan anak-anak istimewa seperti Mohd Syafiq Sadon cacat penglihatan  (SM Sains Kluang – 12A / SPM 2008), Aghilan Narayan (SMK Jalan Bukit, Kajang) peroleh 11A dalam SPM 2008 walaupun tidak pernah mendengar suara gurunya kerana cacat pendengaran!

Adakah subjek teras akan terganggu dengan pelaksanaan lebih 10 subjek?

Tentu sekali tidak!

Apa yang sepatutnya dibuat selain  hadkan 10 subjek berkenaan?

  • Kementerian sepatutnya melihat dari sudut kurikulum dan ko-kurikulum yang yang lebih praktikal seperti mana yang dilaksanakan di sesetengah ipt.  

Pada tahun 2008, 442,936 yang menduduki peperiksaan SPM dan lebih 100,000 pelajar yang tiada tempat ke mana-mana IPT mewakili 22.6 %. Oleh itu, pelaksanaan kurikulum yang efektif membantu pelajar berdikari dari mempelajari teori untuk menduduki bangku peperiksanaan semata-mata.

Contohnya, kajian seharusnya dilakukan supaya pembelajaran teori dan praktikal bergerak seiring sebagaimana kaedah pembelajaran politeknik, teori dan praktikal berjalan selari.

  • Sistem pemarkahan berasaskan ‘assesment’ semasa harus mempunyai nilai selain keputusan dalam peperiksaan besar seperti SPM. Pengalaman sekolah aliran teknik dan vokasional menjadi asas.

Pengkelasan semula kaedah mata pelajaran teras. Apa maksud teras? Wajib ambil tapi tidak wajib lulus?

Matematik Moden, Agama Islam @ Moral sepatutnya boleh dimasukkan sebagai mata pelajaran teras setaraf Bahasa Melayu. Wajib ambil dan wajib lulus.

Oleh itu, mengapa perlu hadkan 10 subjek yang penuntutnya tidak sampai 10%? Bukankah ia aset negara pada masa akan datang?

Jawapannya penulis pulangkan kepada pembaca..

4 Responses to “SPM 10 subjek : Info menarik untuk difikirkan”

  1. MOFAS said

    salam bang…
    nama saya takde ke dalam senarai nama pelajar terbaik SPM??? huhu😦

  2. […] Oleh: Khairulrijal […]

  3. […] Hari ini akhbar melaporkan sayap BN Pemuda PPP, MIC dan MCA telah meminta penilaian semula terhadap isu menghadkan 10 subjek SPM. Analisis menarik berkaitan isu SPM  (di sini). […]

  4. Nur Aqilah Hanis Mohd Yusoff said

    Salam, saya ambil beberapa maklumat untuk dijadikan rujukan dalam blog saya.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: