Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Tawaran Israel umpama penjara

Posted by Emg Trading & Services on 27 June, 2009

DAMASCUS 26 Jun – Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal semalam menyifatkan tawaran Israel untuk menubuhkan negara Palestin yang bebas tentera sebagai ‘sebuah penjara besar’ dan menegaskan bahawa hanya perjuangan senjata mampu mengembalikan hak rakyat Palestin.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu baru-baru ini dalam satu kenyataan menyokong usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menjadikan Palestin sebagai sebuah negara bebas tentera tetapi negara itu perlu menerima Israel sebagai negara Yahudi.

“Negara yang dimaksudkan oleh Netanyahu itu, yang ruang udara, darat dan lautnya dikawal, merupakan satu entiti yang pelik dan penjara yang besar, bukan sebuah negara yang sesuai untuk orang-orang yang hebat,” kata Mesyhal ketika berucap di ibu negara Syria kepada penyokong-penyokong Hamas yang memenangi pilihan raya Palestin pada 2006.

Meshal berkata, idea untuk mewujudkan sebuah negara eksklusif Yahudi dikecam oleh rakyat Palestin, seolah-olah menyerah diri, dan apa yang digambarkannya sebagai menafikan hak enam juta rakyat Palestin yang menjadi pelarian untuk kembali ke tanah air mereka sekarang yang kini menjadi negara Israel.

“Kita memberi amaran sekali lagi, terhadap sikap lembut negara-negara Arab berhubung isu ini. Gesaan oleh pemimpin-pemimpin Israel adalah bersifat perkauman, tidak ada perb

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: