Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Brazil bangkit tewaskan AS untuk juarai Piala Konfederasi

Posted by Emg Trading & Services on 30 June, 2009

JOHANNESBURG 29 Jun – Juara bertahan Brazil berjaya bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Amerika Syarikat (AS) 3-2 dan seterusnya memenangi Piala Konfederasi buat kali ketiga dalam perlawanan akhir yang menghiburkan di Ellis Park, di sini sebentar tadi.

AS yang mengejutkan Sepanyol di peringkat separuh akhir, kelihatannya sekali lagi mahu mencipta keputusan luar dugaan apabila berjaya memperoleh gol menerusi Clint Dempsey dan Landon Donovan dan sekali gus meletakkan pasukan itu mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Penjaga gol AS, Tim Howard berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Brazil sebelum Luis Fabiano menjaringkan gol kelima dalam lima perlawanan pada kejohanan itu apabila menjaringkan gol hanya beberapa saat selepas bermulanya separuh masa kedua dan menambah satu lagi gol pada minit ke-74.

Ketua pasukan Brazil, Lucio pula melengkapkan tugas apabila pantas menyambar lantunan bola yang terkena tiang dan menanduk masuk ke penjuru gol AS enam minit sebelum wisel penamat.

Sumber – Reuters

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: