Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Universiti Terbaik Dunia: Malaysia perlu tindakan drastik kekang kejatuhan

Posted by Emg Trading & Services on 1 July, 2009

Berdasarkan rangking universiti terbaik dunia kategori keseluruhan tahun 2008, Malaysia masih jauh berada di belakang. Universiti Malaya (UM) yang menduduki tangga ke 230 jauh berbanding pencapaian universiti jiran seperti National University Of Singapore (tangga ke -30), dan University Of Tokyo (tangga ke-19).

Harvard University masih kekal pemegang tangga pertama universiti terbaik dunia 2008.

Berikut adalah senarai universiti Malaysia yang terpilih dari 400 universiti yang dipilih kategori Terbaik Keseluruhan:

  • Universiti Malaya (UM)  ke 230
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke 250
  • Universiti Sains Malaysia (USM) ke 313
  • Universiti Putra Malaysia (UPM) ke 320
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke 356

Walaubagaimanapun, bagi penilaian berdasarkan nilaian ratio pelajar/fakulti: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor (UTHM) berada di rangking ke-47 terbaik di Asia, diikuti denganUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-63, Universiti Malaya (UM) ke-81 dan  Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ke-88.

Berdasarkan senario di atas, kementerian terbabit khususnya kementerian pendidikan tinggi perlu melipatgandakan usaha agar taraf universiti sedia ada dapat dipertingkatkan ke peringkat dunia. Universiti terkemuka negara ynag masih belum menduduki sebarang ranking dalam kategori keseluruhan setakat ini :

Melihat kepada rangking yang lepas (2008), Universiti Malaya (UM) tangga ke 230 adalah universiti terbaik negara buat masa ini juga pernah menduduki kelompok 150 terbaik pada suatu ketika. Kini ia diburu rapat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia tangga ke-250.

Walaubagaimanapun, ia tentu lebih membanggakan jika ‘ada’ universiti kita yang menduduki kelompok 100 terbaik dunia!

Oleh yang demikian, jika kita mempunyai pelajar yang terbaik, tentunya dengan lebih 10 A, galakkanlah mereka menduduki universiti tempatan. Ibubapa tentu berbuat demikian sekiranya kita mempunyai universiti yang terbaik dunia. Ia akan menjimatkan kos pelajar berkenaan di samping kita menjadi tumpuan pelajar seluruh dunia. Ia bukan impian yang mustahil, bukankah kita amat mengalakkan persaingan yang sihat, daripada sibuk dengan label-label seperti mahasiswa pro kerajaan, pro pembangkang dsbnya. Apa pandangan pembaca?

 

Sumber 1 : http://www.topuniversities.com/worlduniversityrankings/results/2008/overall_rankings/fullrankings/

Sumber 2: http://www.topuniversities.com/worlduniversityrankings/asianuniversityrankings/indicators0/studentfaculty_ratio/

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: