Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

H1N1 : 38 kes baru selesema babi dikesan, 196 kes keseluruhan!

Posted by Emg Trading & Services on 2 July, 2009

Bernama melaporkan sebanyak 38 kes baru selesema babi (H1N1) dikesan sehingga pagi ini yang terdiri daripada 33 kes import dan lima kes jangkitan tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan 196 kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada 38 kes itu, 30 kes melibatkan warga Malaysia dan lapan warga asing.

“Lapan warga asing itu ialah lima dari Indonesia, masing-masing satu dari Sweden, Palestin, dan Argentina,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara kes tempatan pula melibatkan tiga kes pelajar dari Sekolah Menengah Tsun Jin, Jalan Loke Yew, Cheras, Kuala Lumpur, dua kes adalah kontak kepada kes import ke-147 dan satu kes kontak kepada kes ke-143.

Liow berkata sehingga kini seramai 86 pesakit masih menerima rawatan dan 110 telah sembuh sepenuhnya.

Pada pandangan penulis, situasi ini sedikit sebanyak menimbulkan kegelisahan kepada penduduk kawasan yang disahkan terlibat dengan virus berkenaan. Ia termasuk kawasan Lembah Klang, Johor, dan lain-lain. bancian utusan mendapati 5137 orang (67.2%) menyatakan amat risau dengan wabak ini. Manakala 23.6% atau 1806 orang menyatakan agak risau dengan situasi yang berlaku.

 

Soalan : Sejauhmanakah kerisauan anda terhadap wabak influenza A (H1N1) yang kini sudah dikesan di Malaysia?Jumlah Undi: 7648
 67.2% Sangat risau
(5137)
 23.6% Agak risau
(1807)
 9.2% Tidak risau
(704)

Sumber bancian : Utusan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: