Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Malaysia : Masih ada yang bergelar ibu ketika usia 11 tahun

Posted by Emg Trading & Services on 3 July, 2009

Jika zaman datuk nenek kita, perkara ini biasa didengar. Wanita dinikahi seawal usia 11 tahun. Kini ia masih terjadi di kalangan masyarakat pribumi di Pahang. Apa nak dikata, Saidatina Aishah juga dilamar nabi ketika berusia 9 tahun. Apa yang penting, perkahwinan itu halal dan sah.

PETALING JAYA 3 Julai – Seorang Timbalan Menteri terkejut besar ketika beliau melawat wad bersalin Hospital Cameron Highlands baru-baru ini apabila mendapati ada kanak-kanak Orang Asli sudah menjadi ibu pada usia yang terlalu muda iaitu antara 11 dan 12 tahun. Namun begitu, yang lebih membimbangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah adalah kejahilan golongan bawah umur ini bahawa mereka perlu mendaftarkan kelahiran bayi mereka. Beliau berkata, kanak-kanak perempuan terbabit akan pulang ke tempat tinggal mereka di kampung terpencil dan bayi yang dilahirkan itu langsung tidak ada sijil lahir. “Ini akan membawa masalah bukan hanya kepada anak, ibu bapa malah kepada kerajaan juga di masa depan,” katanya. Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk kawasan perumahan Putra Heights, Subang Jaya dekat sini, Murugiah berkata, beliau akan membawa isu itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi melihat sama ada mereka boleh melantik segera seorang pegawai khas untuk mengendalikan kes sedemikian. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: