Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Isu insuran kenderaan: mengapa kita perlukannya.

Posted by Emg Trading & Services on 11 July, 2009

Mengapa kita perlukan insurans motor?

ANDA baru sahaja membeli kereta dan sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memandu di lebuh raya negara kita yang begitu canggih serta lapang.

Bagaimanapun, sebelum menghidupkan enjin dan meredah jalan memulakan perjalanan, anda diwajibkan di bawah undang-undang untuk membeli insurans motor.

Statistik kemalangan terkini menunjukkan bahawa lebih 294,000 kenderaan terlibat dalam kemalangan pada 1999, iaitu peningkatan 8.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Tambahan pula, disebabkan lebih seorang daripada empat rakyat Malaysia memiliki sama ada sebuah motosikal atau kereta, tidak hairanlah apabila insurans motor menjadi satu keperluan mandatori.

Ramai di kalangan kita yang tidak memahami peranan insurans motor untuk melindungi kita daripada kerugian atau kemalangan yang mungkin mengakibatkan kerosakan teruk kepada kenderaan motor atau kecederaan kepada orang lain.

Apabila kita membeli insurans motor, kita melindungi pelaburan kita, pada tahap harga hari ini, mungkin merupakan aset kedua paling berharga selepas rumah kita.

Bagaimana kita mendapat perlindungan daripada insurans motor?

Untuk mendapat perlindungan ini, kita sebagai pemegang polisi, membayar premium kepada syarikat insurans yang kita lantik. Syarikat insurans kemudian akan mengumpulkan semua kutipan premium dalam satu dana yang digunakan untuk membayar pampasan kepada pemegang polisi yang kurang bernasib baik kerana mengalami kerugian daripada kemalangan motor.

Kerugian atau pampasan tersebut dibiayai daripada dana premium yang dibayar oleh pemegang polisi yang kurang bernasib baik itu, serta dan juga oleh semua pemegang polisi lain yang tidak mengalami kemalangan.

Apakah jenis-jenis perlindungan insurans motor yang disediakan?

Memilih polisi insurans yang betul adalah sama seperti memilih kenderaan yang betul. Insurans diperlukan untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup individu seharusnya dalam lingkungan belanjawan kita. Walaupun Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan kita mendapatkan perlindungan tanggungan pihak ketiga, biasanya perlindungan-perlindungan lain juga disediakan sebagai pilihan. Cara terbaik untuk menilai perlindungan mana yang terbaik bagi anda ialah mempelajari tentang tiga jenis insurans motor yang sedia ada di Malaysia iaitu, perlindungan akta sahaja, pihak ketiga dan komprehensif.

Polisi perlindungan akta sahaja memberikan perlindungan minimum yang diwajibkan di bawah undang-undang, sebab itulah ia diberikan nama di atas. Di bawah akta ini, para pemandu kenderaan motor perlu membeli insurans motor untuk memastikan pemandu boleh memenuhi tanggungan mereka sekiranya mereka mencederakan atau menyebabkan kematian kepada orang lain dalam kemalangan. Polisi akta sahaja jarang dibeli kerana perlindungan insurans ini sangat agak terhad.

Insurans motor pihak ketiga adalah lebih meluas daripada insurans akta sahaja. Selain daripada memberikan perlindungan terhadap kematian dan kecederaan kepada pihak ketiga, ia memberi perlindungan terhadap tanggungan undang-undang lain kepada pihak ketiga seperti kerosakan kepada harta pihak ketiga (biasanya kereta atau motosikal orang lain atau pintu pagar jiran) dan kos guaman.

Walaupun, di bawah perlindungan pihak ketiga, seorang pemegang polisi boleh memilih untuk memasukkan perlindungan bagi kerugian atau kerosakan kepada kenderaan akibat kebakaran atau kecurian sahaja. Bagaimanapun, kebanyakan pemegang polisi mendapati adalah lebih menjimatkan kos dan bermakna untuk menambahkan bayaran premium sedikit lagi untuk membayar lebih sedikit dan dilindungi di bawah polisi insurans motor komprehensif.

Walaupun polisi insurans motor komprehensif memberikan tahap perlindungan yang paling meluas, ini tidak bermakna ia tidak melindungi semua jenis risiko. Selain daripada risiko yang dilindungi dalam perlindungan akta sahaja dan pihak ketiga, polisi insurans komprehensif juga memberikan beberapa jenis perlindungan lain tambahan termasuk kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan motor akibat kebakaran atau kecurian. Lebih penting lagi, polisi ini melindungi kerosakan akibat kemalangan kepada kenderaan pemegang insurans sendiri akibat dari kemalangan. Perlindungan tambahan ini membolehkan pemilik kenderaan membaiki, memasang semula atau menggantikan kenderaannya jika berlaku kerosakan atau kerugian akibat kemalangan atau kerugian.

Selain daripada tiga kategori utama polisi insurans motor ini, perlindungan tambahan lain disediakan untuk:

Kaca cermin dan tingkap kenderaan yang pecah, banjir, tanah runtuh, gelinciran tanah atau bencana alam lain yang ditetapkan. Tanggungan awam para penumpang kerana tindakan cuai (seperti penumpang membuka pintu dan menyebabkan kemalangan dengan kenderaan bergerak).

Penggunaan kereta persendirian untuk tujuan mengajar (seperti mengajar pemandu baru bagaimana untuk memandu dengan menggunakan kereta persendirian).

Para pemilik kenderaan dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terperinci daripada bertanya kepada ejen atau syarikat insurans mengenai perlindungan-perlindungan tambahan di atas dan perlindungan lain kerana premium tambahan perlu dibayar.

Apakah langkah-langkah yang harus diambil apabila membuat tuntutan kemalangan?

Sekiranya kemalangan berlaku, anda perlu mematuhi beberapa prosedur. Pertama sekali, anda perlu memberhentikan kenderaan dan bertukar-tukar maklumat peribadi dengan semua orang yang terlibat dalam kemalangan. Secara khususnya anda harus:

Mendapatkan nama dan alamat pemandu lain yang terlibat. Tulis nombor pendaftaran kenderaan mereka dan jenis kenderaan. Tanyakan serta dapatkan nama syarikat insurans mereka dan nombor polisi atau sijil insurans mereka.

Dapatkan nama dan alamat saksi bebas dan buat gambar rajah kasar tentang kemalangan tersebut.

Sememangnya menjadi tanggungjawab anda untuk mengemukakan sijil insurans apabila dikehendaki polis dalam tempoh lima hari.

Sekiranya terdapat kecederaan kepada mana-mana pihak atau kerosakan kepada kenderaan, atau hartanah lain, berikan nama dan alamat pemilik kenderaan yang anda pandu dan nombor pendaftarannya.

Kemalangan yang berlaku perlu dimaklumkan kepada syarikat insurans walaupun anda tidak bercadang untuk membuat tuntutan. Ini adalah satu syarat di bawah polisi anda.

Isikan borang laporan kemalangan syarikat insurans dengan lengkap dan sertakan maklumat tambahan,

Apabila anda telah membuat laporan kemalangan dan kereta anda telah ditunda ke balai polis atau bengkel yang terdekat syarikat insurans anda akan menghantar penaksir penyelaras kerugian untuk menilai kerosakan kereta dan mendapatkan maklumat tentang kemalangan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: