Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Pengundian hari bekerja Manik Urai : Pengerusi SPR tak pandai bergurau

Posted by Emg Trading & Services on 14 July, 2009

Pengerusi SPR menyatakan sasaran tinggi trend pengundian sehingga 90% walaupun pembuangan undi pada hari bekerja! Katanya, ”Sasaran kami ialah lebih 85 peratus daripada 12,293 pengundi akan mengundi pada hari berkenaan kerana 90 peratus daripada pengundi adalah petani, penoreh getah dan nelayan. Jadi mereka tidak tertakluk kepada hari bekerja.”

Katanya lagi ”Lebih kurang 1,300 pengundi luar pula, bukan semuanya dari Lembah Klang. Kebanyakan dari sekitar Kelantan dan Pahang, jadi saya harap mereka dapat pulang dan keluar mengundi beramai-ramai esok,” katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra I di sini semalam.

Mungkin dia berniat mencabar pengundi Manik Urai untuk memecahkan rekod peratusan hari mengundi (hari bekerja) paling tinggi di Malaysia agaknya. Yang pasti, kalau beliau cuba bergurau dengan angka itu, dia tersilap langkah. Boleh jadi pengundi manik urai akan buktikan sesuatu pada hari ini. Siapa tahu?

Yang pasti, pengerusi SPR ini menyasarkan sesuatu yang tidak munasabah dan menyusahkan 1300 orang pengundi. kalau dia cuba berseloroh, yang pasti dia dia memang tak pandai bergurau..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: