Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Terkini Peratusan Mengundi Manik Urai: Sejarah tertinggi Sem. Malaysia sehingga jam 1.00 PM = 76.2 Peratus!

Posted by Emg Trading & Services on 14 July, 2009

Kira-kira 76.2 peratus atau 9,359 daripada 12,293 pemilih berdaftar telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sehingga pukul 1 tengah hari Selasa.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata peratusan itu amat baik dan merupakan yang tertinggi dalam sejarah di Semenanjung Malaysia setakat ini.

Dengan perkembangan ini, berkemungkinan peratusan keluar mengundi boleh mencapai lebih 90 peratus walaupun SPR mensasarkan hanya 85 peratus keluar mengundi sehingga pengundian ditutup pukul 5 petang ini, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, lalu lintas di Manik Urai mulai sesak berikutan tindakan penyokong parti meletak kenderaan di bahu-bahu jalan. Contohnya di kawasan Sekolah Kebangsaan Peria yang merupakan satu daripada pusat pengundian, jalan sesak sehingga lima kilometer yang menyebabkan pergerakan lalu lintas menjadi perlahan.

Setakat ini hanya ada laporan dua penyokong parti cedera selepas terkena batu yang dibaling pihak yang belum dikenalpasti di kawasan pusat mengundi Sungai Peria, katanya.

Sumber disunting dari – BERNAMA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: