Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Tinjauan Mstar: PAS mendahului – 86.7 peratus

Posted by Emg Trading & Services on 14 July, 2009

TINJAUAN MSTAR : Siapakah yang dijangka memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan?
Calon BN: Tuan Aziz Tuan Mat (13.3%)
Calon Pas: Mohd. Fauzi Abdullah (86.7%)

MANEK URAI, 13 Julai – Keputusan tinjauan awal Mstar yang berbunyi “Siapakah yang dijangka memenangi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan?” sehingga JAM 3 PETANG tadi telah menyebelahi calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

Calon PAS itu mendahului dengan undian sebanyak 86.7% berbanding calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat yang hanya memperolehi 13.3% daripada keseluruhan undian. Fauzi atau lebih dikenali sebagai Abe Uji di Manek Urai, mengatasi calon BN yang hanya dipilih oleh 13.3%peratus pembaca portal berita itu. Tinggal kurang 24 jam lagi tempoh kempen akan berakhir bagi kedua-dua calon parti bertanding yang dinamakan pada 6 Julai lalu.

Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Pilihanraya PAS negeri, Fatah Harun berkata PAS yakin telah hampir mencapai sasarannya bagi mempertahankan kerusi tersebut dalam sidang media harian PAS, semalam. “Hendak kata seratus peratus tidak bolehlah, tetapi hampir sampai ke matlamat dan sasaran kita,” tambahnya memaklumkan jentera sedang berusaha supaya berada di tahap yang dikehendaki parti. Walau apa pun masih awal untuk menentukan kemenangan ini, bagaimanapun berdasarkan kenyataan Fatah itu ia boleh meningkatkan keyakinan jentera PAS di dalam pilihanraya kali ini.

Sumber Mstar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: