Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

“Sebat saya segera” – Kartina

Posted by Emg Trading & Services on 23 July, 2009

IPOH 22 Julai – Biasanya, pesalah yang dijatuhkan hukuman akan merayu untuk dikurangkan hukuman.

Bagaimanapun, lain pula dengan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang mahu hukuman sebat terhadapnya dilaksanakan segera.

Wanita yang berasal dari Sungai Siput dan berkahwin dengan seorang rakyat Singapura itu dijatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Isnin lalu selepas mengaku salah meminum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2007.

Kartika pada sidang akhbar di Yayasan Perak di sini hari ini berkata, dia mahu hukuman sebat yang diputuskan mahkamah segera dilaksanakan kerana ingin memulakan hidup baru.

Ibu kepada dua anak berusia lima dan tujuh tahun itu mengaku menyesal dengan perbuatan yang dilakukannya dan berharap hukuman tersebut menjadi pengajaran kepada orang lain.

”Saya menyesal dengan perbuatan yang saya lakukan. Saya telah menjatuhkan maruah keluarga. Sebab itulah saya mahu hukuman sebat dijalankan segera kerana mahu lupakan apa yang berlaku dan menjalani kehidupan baru bersama keluarga.

”Saya harap dengan hukuman ini, orang lain akan membuka mata dan tidak melakukan kesalahan yang serupa. Ini bukan sesuatu yang dibanggakan,” katanya.

Sementara itu, bapa Kartika, Shukarnor Abdul Mutalib, 60, yang menemaninya pada sidang akhbar itu berkata, dia reda dengan keputusan anaknya dan sentiasa memberikan sokongan.

”Saya harap hukuman ini akan menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama,” katanya.

Menurut Shukarnor, selepas anaknya selesai menjalani hukuman, mereka akan menghantar Kartika ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: