Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Influenza A (H1N1) : Johor catat peningkatan luar biasa

Posted by Emg Trading & Services on 30 July, 2009

JOHOR BAHRU: Penularan virus Influenza A (H1N1) di negeri ini mencatatkan peningkatan mendadak apabila lima lagi institusi pengajian tinggi (IPT) dan sebuah Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) diarah tutup selama seminggu selepas beberapa pelajar dan kakitangannya dikenal pasti mempunyai simptom jangkitan wabak berkenaan.

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing, ILP Tangkak, Institut Kemahiran Mara Larkin, Kolej Radiography Johor Bahru, Politeknik Johor Bahru dan PLKN Sekakap, masing-masing diarahkan ditutup selama seminggu antara 28 Julai hingga 4 Ogos depan selepas mendapat nasihat kuarantin daripada Jabatan Kesihatan negeri bagi mengelak penyakit itu merebak.

Malah notis mengenai penutupan sudah ditampal dan diedarkan manakala sebahagian pelatih institut yang dikuarantin secara berasingan dibenarkan pulang ke rumah bagi menjalani kuarantin rumah.

Di Mersing, jurucakap ILP ketika dihubungi berkata, penutupan pusat latihan itu dibuat bagi mengelak sebarang risiko penularan wabak H1N1 di kalangan pelajar dan kakitangan ILP.

“Daripada sejumlah 600 pelajar yang mengikuti pengajian di ILP Mersing, seramai 29 pelajar termasuk lima perempuan terpaksa dikuaratin selepas disyaki terkena jangkitan virus H1N1.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: