Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Pendekatan agama agen cegah Rasuah

Posted by Emg Trading & Services on 31 July, 2009

TAWAU, 30 Julai (Bernama) — Penerapan nilai-nilai agama ke dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia merupakan satu daripada faktor pegawai dan kakitangan jabatan itu terhindar daripada amalan rasuah, kata ketua pengarahnya Datuk Ibrahim Jaafar.

Sejak kebelakangan ini, jabatan itu sentiasa merapatkan diri dengan golongan agama dengan menjemput mereka memberi ceramah kepada kakitangan di mana sahaja mereka berada, katanya ketika merasmikan Majlis Tilawah Al Quran KDRM peringkat Sabah di sini Rabu malam.

Ibrahim berkata sebagai penjawat awam, kakitangan KDRM sangat terdedah kepada pengaruh dan cabaran dalam melaksanakan tugas seharian.

“Dalam tahun 1980-1990an, kastam berada di kedudukan tertinggi indeks rasuah. Dengan usaha yang gigih para pegawai jabatan, dengan penerapan nilai-nilai murni dan agama, telah meletakkan KDRM menjadi sebuah agensi yang dihormati”, katanya.

Ibrahim berkata pihak pengurusan jabatan bersama BAKISKA (Badan Kebajikan Islam Kastam) mengambil berat mengenai aspek pembangunan akidah dan pengisian kerohanian dalam kalangan kakitangan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: