Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Tahniah Wan Sulaiman: Rakan pejuang, rakan sepersatuan dan Naqib

Posted by Emg Trading & Services on 9 August, 2009

Hari ini saya dikunjungi rakan lama yang sudah terpisah agak lama- Wan Sulaiman atau dahulu kami gelar dengan nama “wansu”. Sekarang, mungkin sudah bertukar, mungkin dipanggil Leman, Sulaiman Akhlaken dan sebagainya.

Ia bukan sekadar rakan biasa semasa di ITM, beliau rakan luar biasa. Jika masyarakat penuh fitnah hari ini, rakan ‘luar biasa’ jika berlainan jantina tentu lain jadinya..kalau bersama jantina pula, lain macam bunyinya. Tetapi ia bertukar nada sama sekali jika kita melihat dari sudut ukhuwah berjemaah, ramai orang berkata, ia tautan persaudaraan lebih rapat dari adik beradik, kesan pentarbiahan dan perkenalan berasaBersama Wan Sulaiman sekeluargakan dakwah.

Kami berjumpa sekitar tahun 1997, asalnya beliau menjadi naqib usrah saya. Sebelum beliau, naqib usrah yang mengenalkan saya kepada jemaah ialah saudara Lukman Hitam. Ketika itu, fikrah tabligh masih kebal dan kakar di kepala. Akhirnya, semasa di bawah bimbingan beliau, saya terjun ke dalam jemaah. Asalnya beliau naqib saya, entah macam mana, tahun berikutnya, kami bersama-sama di dalam MT, saya presiden, dia timbalan presiden persatuan Amalan Dan Asas Sosial Islam yang dahulunya dikenal sebagai ADASI. Saya bukan anak usrah naik tocang, tapi dipaksa duduk di kerusi ini. Kenapa dan mengapa x perlu diceritakan, cerita lama. Tapi yang pasti asbab saudara inilah saya berada di dalam jemaah. Semoga Allah mengekalkan kami di dalam hidayah.

Setelah sekian lama, malah kami sudah berkeluarga, semalam 7 Ogos 2009 (Jumaat) beliau hadir bersama isteri dan anak-anak-anaknya. Isteri saya dan isterinya juga tidak mempunyai masalah, mereka semacam kami juga.  Pengalaman kami semua sama, direndam  jam 2-3 pagi ditengah-tengah malam itu ditengah-tengah hutan dara. Bukan sekadar direndam, push-up dan pumping di waktu yang sama, berhari-hari lamanya, diberi makan nasi bercampur pasir, kupas kelapa dengan tangan kosong,  dan macam2 benda pelik lagi. Usah tanya kenapa, ia bukan ajaran sesat atau kumpulan almaunah. Tiada zikir pemujaan, perjanjian bersenjata dan sebagainya. Kami bertelaah mengenal Allah yang maha Esa, besar tugasan dan amanahnya, maka besar juga persediaan untuk mereka yang perlu memikulnya.

Kepada saudara Wansu, tahniah atas ‘hidayah’ yang menjadi penyebab saya disini. Khabarnya beliau  mendapat Master in Mechanical Engineering tadi,maka tahniahlah!

Selain itu, ucapan tahniah juga kepada teman sepertinya – Saudara Wak Rusdi kerana kelahiran cahaya mata ke-8 dua hari lepas.  Jangan putus asa wak, belum cecah angka puluhan!Konvo Wansu 2009Lagi konvo wansu

Lagi konvo wansu

Berikut gambar yang paling menarik hati saya, Cik Shahira! Anak ke 3 nya bernama Wan Shahirah Khan Wan tentunya bukan anak bongsu lagi, mana tahu 7 lagi menunggu…huhu

Wan Shahirah Khan Binti Wan Mohd Sulaiman

3 Responses to “Tahniah Wan Sulaiman: Rakan pejuang, rakan sepersatuan dan Naqib”

  1. SALAM.
    TAHNIAH kepada Wan Sulaiman, dah ada MASTER, dh boleh jadi “Sifu”, lagi setingkat dapat Phd pula.. Tahniah juga sebab antum berdua dah bertemu setelah sekian lama terpisah… Tu wansu dapat sijil di mana? KUITTHO ke?

  2. hisham said

    semoga uhkwahfillah yang ada terus menerus kekal hingga ke syurga dan tahniah buat akhi wan sulaiman kerana memiliki sekeping master dan adalah diharapkan dunia yang penuh kesibukan dunia ini akan aman bila dikuasai oleh orang-orang yang beriman..ameen…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: