Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

PAS minta penjelasan tindakan ganas pemuda Umno

Posted by Emg Trading & Services on 9 October, 2009


BAGAN PINANG, 8 Okt – PAS menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata memperoleh kemenangan adalah lebih penting bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang menyebabkan jentera BN semakin tertekan untuk meraih undi sehingga terpaksa bertindak ganas.

“PAS mengutuk keras tindakan ganas pemuda Umno dan menuntut tindakan pihak polis dalam insiden yang berlaku petang dan awal pagi ini,” tegas Salahuddin dalam sidang media harian PAS di Markaz Induk PAS, Batu 4.

Menurutnya, Pemuda Umno kini mula bertindak ganas memukul petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dan menceroboh markas induk DPP. Manakala markaz induk PAS  di Batu 4 awal pagi tadi menjadi sasaran sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dipercayai memakai baju BN.

Salahuddin dalam sidang media harian tadi menunjukkan sekeping foto yang menunjukkan seorang petugas, yang tidak dinamakan, berdarah dikepala dan baju merahnya koyak di bahagian belakang, dilaporkan ditetak dalam serangan itu dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Sorang petugas PAS yang menjadi mangsa kekerasan fizikal Pemuda Umno di Taman Dato’ Abdul Samad petang semalam itu tampil disidang media tersebut menunjukkan kecederaan mata dan bengkak di bahagian di belakang telinganya.

Seorang lagi Naib Presiden, Dato’Mahfuz Omar berkata insiden tersebut dipercayai didalangi Megat fairuz, Ketua Pemuda Umno Bahagian

Sementara itu, bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, DPP pusat akan membuat laporan polis jam 6 petang ini di Balai Polis Port Dickson ekoran kejadian tersebut.

“Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini,” Ujar Nasaruddin lagi.

Sementara itu seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz berkata, kumpulan pemuda Umno yang melakukan keganasan ini didalangi ketuanya, Megat Fairuz.

Salahuddin dalam pada itu mempersoalkan tindakan tersebut yang mencemarkan kempen pilihanraya ini. Sekalipun BN menggelabah dan takut untuk menghadapi hari penentuan Ahad ini, seharusnya keganasan tidak digunakan dalam negara demokrasi ini.

“Kenapa gunakan keganasan?” soalnya lagi meminta penjelasan dari mana-mana Pemuda Umno yang bertangungjawab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: