Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

PRK Bagan Pinang : 2x kalah tidak akan sama dengan 7 x kalah

Posted by Emg Trading & Services on 12 October, 2009

Melihat kepada angka majoriti yang dipaparkan menimbulkan persoalan, benarkah BN begitu gah di mata rakyat khususnya di Semenanjung Malaysia? Persoalan seterusnya, mengapa di 8 prk sebelum ini ia berlaku sebaliknya? Malahan tempoh masa prk berkenaan tidaklah jauh sangat. Secara matematik, pr baru 2 kali kalah, 2 kali kalah tidak akan sama dengan 6 kali kalah. .. begitu juga,  jika di dalam sebuah pasaraya, 9 orang ditanya tentang cantiknya sekuntum bunga, 7 mengatakan cantik dan 2 mengatakan tidak..maka keputusannya bunga itu akan dikatakan cantik oleh penjualnya. Bagaimanapun, penjual tadi tentu akan mengubah pandangannya terhadap jualannya tadi jika 5 mengatakan cantik dan 4 mengatakan tidak.

Apapun PR perlu terus bersiap siaga dan mengambil pengajaran dari prk kali ini. Port Dickson bukanlah tempat yang melahirkan melahirkan golongan ilmuwan, golongan ulama’, suasana tarbiah dan pendidikan agama masih banyak perlu dilakukan. Ada suraunya yang begitu hening dari dilawati walaupun ia terletak betul-betul di tepi jalan besar. Budaya minum arak di kalangan remaja juga amat memeranjatkan, sehingga jentera PAS seringkali diserang oleh remaja yang sedang mabuk seolah-olah mengambarkan remaja di sini sudah biasa dengan air syaitan itu. 09102009(001)Banyak juga poster dibakar dan tentangan keras seumpama ini sepatutnya boleh menjatuhkan maruah pemimpin mereka dan ibubapa remaja berkenaan.  Semoga ia hanya pandangan kami orang luar dan bukan budaya yang sebenar..nauzubillah hi minzalik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: