Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Hari yang sugul : Ayahanda di ICU

Posted by Emg Trading & Services on 14 October, 2009

Mencelah hari-hari yang lalu, ia bukan selalunya indah. Lantaran perancangan tuhan pada kehidupan hari ini adalah suatu hikmah yang tidak teroka dengan akal cetek manusia.

Di dalam dunia ini, diri tidak sepenuhnya dibesarkan oleh air tangan ibu bapa terutamanya insan yang bergelar ayah.

Hari ini setelah berpuluh tahun ia berlalu, kesegaran hidup ‘menumpang’ kasih masih segar di ingatan…sering diungkap di mana-mana.. Moga teman ‘setia’ tidak bosan mendengarnya. Allah mencampakkan kita laluan hidup bukan untuk dikesali, tetapi untuk direnangi dan dipelajari hikmahnya.

Sahdan, Ramadhan yang baru berlabuh, menitipkan suatu ujian yang amat besar dalam hidup. Ayah yang begitu asing dalam hidup ini, menderita sakit yang mengoncang nyawanya. Hati anak mana yang boleh keras melihat insan ini layu dengan rautan wajah yang sudah berubah seribu masa.

Kutitipkan doa yang tidak putus atas kesulitannya itu, dalam masa yang sama aku masih ‘belajar’ meredho’kan diri menerima laluan hidupku tanpa ‘dia’ semasa aku sebesar telapak tangan. Syukur, walaupun aku jauh darinya, masih ada bakatnya yang mampu kukutip. Menggantikan tempatnya selaku khatib solat Jumaat secara ‘tiba-tiba’ menjadi salah satu tugasan ‘terjah’ lantas bertembung dengan jadual tugasannya yang perlu diganti. Kebetulan aku berada seminggu menziarahinya di Sandakan. Dia tidak pernah mengajarkan aku bagaimana ingin berbicara. Aku sendiri tidak pernah melihat dia berkhutbah atau berceramah. Apatah lagi untuk belajar darinya.

Hospital sandakan

Bermula dari The Duchess of Kent general hospital, Sandakan. Kini dia berada lebih kurang 350km dari rumahnya ke wad Neoro-surgical Wad Queen Elizabeth General Hospital Kota Kinabalu. Setelah bertarung dengan perpindahan dari wad ke wad, dari hospital ke hospital. Malahan 2 kali prosedur pembedahan otak yang memakan masa panjang tidak memudahkan hati ini menerimanya, dia masih terlantar menanti rawatan selanjutnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Hospital kota Kinabalu2

Soalan yang pasti timbul, mengapa tidak berada di sisinya di saat segenting ini? Tentulah kita ingin berada di sisi. Sayangnya, tidakku mampu menongkah arus laut cina selatan dengan tikar mengkuang dan rakit buluh. Semasa pemergian 2 minggu yang lepas pun mencagarkan janji kepada sahabat… “nanti gaji baru bayar” pun masih belum dipulangkan kepada ‘tuannya’, maklumlah baru lepas raya. Takkan nak menggali lubang yang baru..bukan sedikit jumlahnya. Apapun, doakan urusan kami dipermudahkan Tuhan dan dapat dipertemukan dengan ayahanda saya dengan segera. Amin..Bagi sesiapa yang membaca watikah ini, sudilah kiranya menyedekahkan al-fatihah kepada beliau, USTAZ ARSHAD BIN TAHIR.

Semoga diberikan kesembuhan dan kemudahan urusan. Al-fatihah..

 

 

 

2 Responses to “Hari yang sugul : Ayahanda di ICU”

  1. anak johor said

    semoga ayahanda cepat sembuh dan diberi kesihatan yg baik oleh Allah taala…amiin..

  2. tun said

    pengalaman anda menjadikan kami lebih menyayangi bapa-apa kami yang masih sihat dan masa yang diluangkan bersama mereka amat-amat kami syukuri dan meminta supaya dalam doa mereka dipanjatkan harapan agar kami menjadi anak soleh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: