Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Kes Beng Hock : Ukuran jelas UtusanM, BeritaH media berat sebelah!

Posted by Emg Trading & Services on 22 October, 2009

Kes Teoh Beng Hock memberikan kejutan luar biasa dan mendapat perhatian utama akhbar dalam dan luar negara apabila hasil siasatan Dr. Porntip Rojanasunan mendapati 80% punca kematian akibat dibunuh. Walaubagaimanapun, ia jelas berita sampingan bagi Utusan dan Berita.

Ia tentunya tidak akan diletakkan sebagi berita utama sebaliknya hanya disisipkan dalam ruangan mahkamah! Penulis bermentelah, kalau berita ‘jenayah’ seperti ini tetap akan menjadi tumpuan walaupun dipindahkan ke ruangan ‘sukan’ atau ruangan ‘sakit puan’! 

Bayangkan jika laporan berkenaan menyatakan sebaliknya. Boleh jadi ia akan menjadi tajuk utama, gambar doktor berkenaan akan dipaparkan dihadapan dan tajuknya berubah menjadi begini “80% SAH!!!!!!! Teo Beng Hock bunuh diri!!:…agaknyalah..

Saya terbayang apa akan jadi dengan Dr. Porntip Rojanasunan selepas ia membuat kenyataan bertentangan arus dengan media utama negara ini. Segala kekurangnnya tentu akan diselongkar..tentunya bertujuan menjatuhkan kredibiliti si saksi. Hinanya media Malaysia, bilakah ini semua akan berubah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: