Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Kenyataan Rasmi Pemuda Pas Pusat : Tangkapan Dr Asri, Jais tidak profesional

Posted by Emg Trading & Services on 4 November, 2009

1. Ketenangan dan kedamaian malam benar – benar terganggu apabila saya yang baru sahaja merebah badan untuk isterehat setelah 4 hari travel dihujani panggilan telefon berkait tangkapan JAIS ke atas Dr Mohd Asri Zainal Abidin bekas Mufti Perlis.

2. Saya ke Terengganu untuk merasmikan Himpunan Pemuda Islam Terengganu [ HIMPIT 2009 ] , ke Kelantan untuk menghadhiri perasmian penutup Sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia dan kemudiannya ke Sabak Bernam untuk meraikan perasmian penutup Jambori AMAL Kebangsaan bagi kali ke 17 .

3. Saya difahamkan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin [ Dr Maza ] ditangkap kerana menyampaikan kuliah tanpa memiliki tauliah .

4. Alasan yang sama membuatkan saya juga hampir tertangkap ketika menyampaikan kuliah dhuha di Surau Ar Raafiq Kota Damansara pada satu ketika dahulu .

5. Saya sangat kesal dengan tindakan JAIS yang menggunakan kuasa sewenang – wenangnya untuk menangkap penceramah agama dan alim ulama’ semata – mata kerana mereka tidak memiliki tauliah sewaktu menyampaikan kuliah agama di negeri Selangor , sedang JAIS boleh menumpukan operasi membenteras aktiviti maksiat dan mungkar yang masih berleluasa di negeri Selangor .

6. Tambah malang apabila mereka turut mensasarkan penceramah agama yang sememangnya memiliki ijazah dalam bidang agama , pula diiktiraf kesarjanaan mereka oleh universiti yang menganugerahkan sijil pengiktirafan ilmu seperti BA , MA dan Phd .

7. Pihak JAIS boleh memanggil para penceramah agama ini untuk sessi temuduga bagi menganugerahkan tauliah jika itu merupakan satu prosuder yang mesti diambil , bukannya dengan menggunakan kuasa menghalang dan menangkap sedang penceramah – penceramah ini berbakti kepada agama dan masyarakat untuk membasmi kejahilan .

8. Terbaru Dr Mohd Asri menjadi mangsa tangkapan JAIS atas alasan beliau tidak memiliki tauliah . Dr. Mohd Asri adalah merupakan bekas Mufti dan kini beliau mengendalikan sebuah rancangan agama di Astro . Selain university , masyarakat juga mengiktiraf ilmu yang dimiliki oleh beliau . Tindakan JAIS merupaka satu lagi episod malang bagi perkembangan agama di negara ini .

9. Sebelum ini beliau selalu dikaitkan dengan wahabi biarpun beribu kali beliau menafikan bahawa beliau bukan penganut faham wahabi . Saya faham terkadang kenyataan dan pendekatan Dr. Mohd Asri sering mencetus kontraversi dalam negara kita . Tetapi saya lihat kontraversi itu masih dalam lingkaran perbahasan agama yang boleh ditangani secara ilmiah . Malah saya sendiri mempunyai banyak perbezaan pendekatan dengan beliau dalam isu – isu tertentu sebelum ini , namun itu tidak bermakna peranan beliau dalam memberi ilmu kepada masyarakat tidak disokong .

10. Jika terdapat ajaran salah atau sesat yang dibawa oleh Dr Mohd Asri , pihak JAIS wajar bertindak . Tetapi jika hanya kerana tidak memiliki tauliah atau sekadar tuduhan beliau menyebarkan fahaman wahabi sedang beliau bukanlah seorang wahabi bahkan pernah menafikannya berulang kali , maka saya kira JAIS telah bertindak keterlaluan dalam perkara ini .

11. Penyampaian kuliah di masjid surau sering dikekang oleh penguatkuasa yang memantau tauliah bukannya kesahihan ilmu yang disampaikan . Sementara maksiat dan mungkar berleluasa di sekitar masjid dan surau tanpa pemantauan berkesan dari pihak berkuasa agama .

12. Kini Selangor berada dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat . Secara umumnya , keadaan di Selangor banyak berubah terutama kebebasan para penceramah agama untuk menyampaikan kuliah dan tazkirah bagi membasmi kejahilan ummah berbanding di zaman pemerintahan UMNO dulu . Saya sendiri pernah dihubungi oleh pegawai JAIS untuk interview berhubung penganugerahan tauliah bagi memudahkan saya menyampaikan kuliah dan tazkirah .

13. Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor , rasanya inilah kes pertama tangkapan kerana isu tauliah yang mendapat liputan media . Saya tidak dapat menyembunyikan tanggapan betapa ada kebarangkalian tindakan sabotaj dari JAIS terhadap kerajaan negeri amnya dan Exco Agama khasnya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat_

2 Responses to “Kenyataan Rasmi Pemuda Pas Pusat : Tangkapan Dr Asri, Jais tidak profesional”

  1. suhail84 said

    Assalamualaikum…
    Memandangkan sikap Jais yang tidak profesional, mengapa tidak kita ‘cantas’ mereka yang tidak profesional itu dan gantikan dengan mereka yang lebih berwibawa. Adakah kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Banyak baiknya PKR selangor mengambil inisiatif yang sebaiknya bagi memperbaki apa yang telah berlaku. Jais telah memalukan institusi agama, merendahkan imej dan meletakkan pihak mereka dipandang serong oleh mansyarakat. Bak kata pepatah, nyamuk di seberang lautan, nampak tapi gajah depan mata buat-buatt tak nampak. Banyak perkara yang lebih penting yang patut diselesaikan.
    sekian wassalam.

    • khairulrijal said

      Penulis amat bersetuju dengan cadangan ini. Kita tidak mahu melihat institusi agama atau penguatkuasa di bawah negeri PR mempunyai pendekatan yang sama seperti sebelumnya.

      Walaubagaimanapun, penulis percaya pihak Exco Hal Ehwal Agama, Dr Hassan Ali menjadi mangsa kedaan di antara kuasa mutlak Istana ke atas Hal Ehwal Agama Negeri dan kemarahan masyarakat awam. YB Hassan hanya mampu menasihati Istana untuk ‘memecat’ atau mengantikan kepimpinan JAIS.

      Di sinilah perlu kebijaksaaan dan karimatik seorang pemimpin. Penulis lebih melihat isu ini ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan kredibiliti Dr Hassan Ali selaku Pesuruhjaya PAS Negeri berkenaan. AGaknya lah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: