Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Media Singapura : Dr Asri palsu Ijazah?

Posted by Emg Trading & Services on 4 November, 2009

Dr Asri didakwa palsukan kelayakan di peringkat ijazah

Sumber Berita Harian Singapura – KUALA LUMPUR: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, didakwa memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Encik Zamihan Mat Zain Al-Ghari, mendedahkan bahawa berdasarkan pemeriksaan pihaknya, bidang pengkhususan Dr Mohd Asri hanya melibatkan Bahasa Arab dan Sastera.

‘Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah. Sekiranya seseorang itu berkelulusan syariah, minor pengajian biasanya melibatkan bidang berkaitan seperti fiqh wa usul.

‘Pengajian Bahasa Arab dibenarkan untuk mengambil minor Syariah tetapi hanya sebagai subjek elektif. Sekiranya ia diambil sebagai elektif, maka ia tidak dikira sebagai pelajar Syariah,’ kata beliau ketika mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan Dr Mohd Asri selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay Ahad lalu.

Penahanan Dr Mohd Asri itu disebabkan beliau menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Encik Zamihan berkata tindakan Jais adalah berlandaskan Akta Kesalahan Syariah yang diguna pakai di seluruh negeri di bawah kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri.

Menurutnya, kebenaran mengajar agama di seluruh negeri memerlukan pentauliahan bagi menjamin keharmonian pegangan agama umat Islam di negara ini.

‘Tidak kira seseorang itu professor sekalipun, beliau perlu memohon dan menghadiri temu duga yang dijalankan oleh pihak agama Islam negeri,’ katanya.

Sementara itu penangkapan Dr Mohd Asri dilihat mempunyai agenda tersembunyi berbentuk kepentingan peribadi dan kelompok individu tertentu.

Pengasas dan bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim), Datuk Dusuki Ahmad, berkata rentetan peristiwa tersebut seolah-olah wujud usaha menghalang perdana menteri daripada melantik Dr Mohd Asri sebagai Yang Dipertua Yadim.

‘Adakah gerakan dakwah tabligh, pendakwah-pendakwah bebas yang bergerak dari masjid ke masjid mempunyai tauliah?

‘Adakah penceramah agama yang bergerak dari rumah ke rumah, meletakkan semua aktiviti agama yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak betul belaka itu mempunyai tauliah?’ katanya.

Datuk Dusuki menyifatkan tuduhan dilemparkan kepada Dr Mohd Asri seperti menolak iktikad Ahli Sunah Waljamaah adalah amat berat dan serius, bahkan memalukan umat Islam.

Dalam pada itu, Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, kelmarin menjelaskan bahawa penahanan Dr Mohd Asri bukan kerana kesalahan cuba menyebarkan fahaman Wahabi di Selangor.

Beliau ditahan kerana memberi ceramah agama tanpa tauliah, iaitu undang-undang yang sudah lama diamalkan di negeri itu.

Bagaimanapun, Datuk Mohammed Khusrin berkata Jais masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan Dr Mohd Asri cuba menyebarkan fahaman Wahabi, termasuk menyiasat kandungan ceramahnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: