Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Sorotan isu bai’ah PAS : Antara sayangkan isteri ATAU sayangkan perjuangan partisan?!

Posted by Emg Trading & Services on 9 November, 2009

Saya menyoroti satu persatu isu ini bagi mencari kesahihannya. Berbagai sumber  cuba diperoleh dan sesetengah ulama’ juga telah membuat pandangan di samping mendapatkan sendiri kenyataan Exco Pas Pusat Ustaz Abu Bakar Chik. Berikut adalah kesimpulan yang boleh dibuat :

1. Isu bermula dengan 9 blogger di Selangor yang mengambil kenyataan sedemikian yang kemudiannya mendapat liputan UTUSAN Malaysia setelah mendapatkan kenyataan dari seorang pimpinan di Selangor.

P.A.S by onggon.

2. Isu berkenaan kemudiannya mendapat liputan meluas akhbar Utusan (klik di sini) khususnya semasa Persidangan Memperkasakan Parti.

3. YB Zulkifli Nordin antara yang terawal memberi respon dan telah mengeluarkan kenyataan keras berkaitan isu ini. (klik di sini)

4. Dewan Muslimat mengeluarkan kenyataan selepas mendapat desakan dari pihak media dan sebahagian  bloggers. Lihat kenyataan dewan Muslimat sini.

5. Blogger Ust. Zaharuddin A. Rahman (UZAR)  membuat rumusan awal dengan memberikan konklusi tidak bersetuju dengan lafaz takliq talaq berkenaan (klik di sini). Laman Dr. Asri sehingga ketika tulisan ini ditulis,  masih tidak memberi respon. Seterusnya…

Pages: 1 2

One Response to “Sorotan isu bai’ah PAS : Antara sayangkan isteri ATAU sayangkan perjuangan partisan?!”

  1. khairulrijal said

    Nota Tambahan :

    1. Isu ini sepatutnya reda sehingga siasatan rapi selesai.

    2. Pas Pusat perlu memberikan respon siasatan dalam satu tempoh yang ditentukan.

    3. Pimpinan perlu mengambil inisiatif memberi penerangan / penjelasan segera kepada masyarakat. Kemungkinan besar apa pihak yang akan memainkan isu ini untuk meraih simpati pengundi khususnya di kalangan pengundi wanita.

    4. Utusan telah mengeluarkan kenyataan positif berkaitan isu ini.

    5. Sebarang kenyataan bercanggah di kalangan pimpinan akan menyulitkan lagi isu ini.

    UTUSAN : KUALA LUMPUR 9 Nov. – Pas Pusat mengakui mengamalkan konsep bai’ah sebagai akujanji dan taat setia kepada parti tetapi secara rasminya tiada arahan cerai talak tiga jika wakil rakyatnya keluar parti.

    Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, dakwaan amalan itu dipraktikkan secara meluas adalah tidak benar dan pihaknya yang memandang serius perkara itu sedang melakukan siasatan lanjut.

    “Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan saya supaya menyiasat perkara ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan kerana Pas Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi untuk bai’ah cerai talak tiga.

    “Kita memang ada bai’ah untuk memberikan taat setia kepada parti sebelum kita melantik mana-mana pihak mewakili parti tetapi tidaklah sebagaimana yang dilaporkan,” katanya kepada ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Khamis lalu, Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad mengesahkan wujudnya amalan bai’ah di kalangan calon wakil rakyat parti itu bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.

    Bagaimanapun, Mustafa ketika ditanya apakah teks penuh bai’ah taat setia kepada Pas yang perlu diucapkan oleh wakil rakyat itu berkata, beliau tidak mengingatinya dengan jelas.

    Mengenai adakah pihaknya telah berjumpa atau memanggil Khalid untuk mendapatkan penjelasan mengenai pendedahan yang dibuat oleh adik kepada Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad itu, katanya, perkara itu belum dilakukan.

    “Belum lagi, saya tidak jumpa atau hubungi dia. Kita tidak meletakkan sebarang tempoh masa tertentu untuk menyiapkan siasatan ini kerana yang penting siasatan rapi akan dibuat,” katanya.

    Dewan Muslimat Pas sebagai reaksi daripada kenyataan Khalid itu telah mempertahankan amalan bai’ah cerai talak tiga yang disifatkan mampu membela wanita dan secara tidak langsung dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti.

    Ketuanya, Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai’ah dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti.

    Beliau berkata, amalan bai’ah yang diperkenalkan kepada calon Pas lelaki sejak pilihan raya 2007 itu tidak bermaksud merendahkan wanita dan menggalakkan perceraian, tetapi sebaliknya sebagai cabaran kepada lelaki berjuang menguatkan syiar Islam.

    Antara pemimpin Pas yang mengakui telah melakukan bai’ah cerai talak tiga ialah Setiausaha Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman yang melafazkannya semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.

    Beliau berkata, bai’ah itu yang disediakan Dewan Ulama Pas akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: