Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Iklan “Potong” berjaya!! walaupun di”potong”! Bagaimana pula dengan iklan tuala wanita?

Posted by Emg Trading & Services on 19 November, 2009

Download: Iklan Potong P1 W1max

Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan melihat iklan ini, mungkin akan terkilan. Namun dalan era teknologi tidak semua yang boleh di’potong’ dan disekat. Klik url di ‘atas’ untuk men’download’ iklan potong.

Rumusan dari ilan berkenaan sememangnya menyentuh sensiviti masyarakat Melayu. Apatah lagi apabila perkataan potong disebut berulang dan pengantin perempuan pula bertanya kepada suaminya ..’dah potong?” Ironisnya ia menyentuh sensitiviti golongan “lelaki” melayu apabila perkataan ‘potong’ merujuk kepada adat berkhatan.

Dalam masyarakat kita, taraf wanita Melayu juga mendapat darjat yang tinggi dan dipelihara. Apa sahaja ruang lingkup yang berkaitan wanita atau gadis remaja dijaga menrangkumi sejak zaman kanak-kanak sehinggalah ke alam rumah tangga. Contohnya, gadis Melayu tidak digalakkan menyanyi di dapur ketika memasak atau membuat kerja, kononnya agar tidak mendapat suami berusia. Boleh jadi tujuan asalnya ialah untuk menjaga kehormatan si gadis agar jangan terpekik terlolong ketika membuat bekerja. Rendah adapnya.

Walaubagaimanapun, bagaimana pula dengan iklan tuala wanita di kaca-kaca tv ini? Berbagai gaya dan ‘aksi’ ditonjolkan. Lensa kamera tidak segan silu menumpukan fokus ke anggota badan pelakon. Kekadang kita naik segan dibuatnya. Baru-baru ini ada pula pertandingan mengira panties wanita! Iklan-iklan lain seperti iklan pewangi badan (nak sebut ‘ketiak’ terbayang pula iklannya), iklan sabun mandi dan sebagainya jelas bertentangan dengan adat Melayu apatah lagi seorang muslim.

Jika ia perkara ini dibiar dan tiada garis panduan pengiklanan, apa lagi hendak dikira selepas daripada ini? Boleh jadi seluar dalam lelaki melayu? sanggup?!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: