Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Media provocator : Saman Utusan M dan NST!

Posted by Emg Trading & Services on 24 November, 2009

1. Hari ini, Utusan M ada menyebutkan tentang isu Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman perlu lepas jawatan.

2. Tajuk tentunya bersifat provocator, “Menantu Nik Aziz diarah letak jawatan” – 24 Nov. Lihat semalam, antara tajuk utama “Nik Aziz tidak akan terima” – 23 Nov. “Husam letak jawatan?”-21 Nov. Sasarannya – Husam dan Tuan Guru

3. Ketika mengulas isu Ariffahmi hari ini, kenyataan berikut diselitkan;

“Malah kelmarin, timbul spekulasi Husam akan meletakkan kesemua jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri berpunca daripada kemelut dalaman PMBK kerana pihak tertentu mendakwa beliau adalah dalang di sebalik masalah tersebut..”

4. Sebelum itu, NST – “They go or I’ll quit”- 23 Nov tajuk mengulas isu Husam. Hari ini, tuan empunya diri menyimpulkan di sini;

“Sesuatu yang salah yang berulang-ulang memerlukan didikan berterusan dan pertahanan diri bagi mangsa yang lemah seperti saya hanyalah mahkamah. Apa lagi, kalau NST ada motif dan agendanya dan sanggup menanggung risiko dengan cuba mengeruhkan air untuk menangkuk debu dan pasir kalau pun tidak ikan yang enak dagingnya.”

Kenapa beriya-riya mereka menegakkan benang yang basah? apakah disangka MP Pas mudah benar mati perjuangannya? atau kerana “mengelak” serangan Husam ke atas MP BN tentang tajaan ke Taiwan pada 16 Nov lalu? klik di sini. Atau ia suatu agenda terancang menjatuhkan kredibiliti ‘gergasi’ setiap negeri Pakatan Rakyat. Bermula dengan Nizar, kemudian Khalid,Hassan Ali dan terkini Husam.

Benar bagai dikata, dunia akhir zaman, fitnah seperti buih dilaut..  Saya mencadangkan MP Pakatan Rakyat tidak memandang enteng ‘fitnah’ yang ditaburkan ke atas mereka. Tuan Guru Hadi Awang mengalami nasib yang sama ketika mentadbir Terengganu, mungkin antara faktor penyumbang kejatuhan Terengganu 2004. Ambillah tindakan sewajarnya, fitnah yang berleluasa bukan sahaja menjejaskan parti tetapi juga maruah sebagi manusia. Saman Utusan M dan NST!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: