Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

(AHLI AGI WAJIB BACA) UPDATED! Isu kampus : Guna wang “derma” untuk beli van “wakaf”, amalan kurang praktikal.

Posted by Emg Trading & Services on 26 November, 2009

1. Semalam saya ada menerima sms dari rakan-rakan alumni memohon bantuan kewangan untuk keperluan pelajar jemaah kampus “Talasco”. Antara tujuannya ialah mengantikan kenderaan milik jemaah kampus.

2. Saya merasakan keperluan alumni untuk meyumbang dalam kewangan alumni adalah wajar. Perkara yang diutarakan dibawah mungkin isu kecil sahaja, tetapi apabila ia berkaitan dengan pembelian kenderaan yang memerlukan peruntukan besar, sedikit pandangan dilontarkan.

3. Jemaah kampus “Talasco” ini sudah melalui tempoh yang panjang. Sekarang sudah masuk generasi ke 27. Ketika saya ditamrinkan tahun awal 1997, saya generasi ke 5, itupun sudah pun masuk dekad kedua kewujudannya (ada yang mengatakan bermula 1983, ada yang mengatakan 1990). Saya secara peribadi mengambil tahun 1986 sebagai tahun penubuhan jemaah ini kerana pengesahan kewujudannya diakui sendiri oleh salah seorang pimpinan kampus masa itu yang di”buang” kerana ceramah pembangkang adalah saudara Nazli Sharif (pelajar persediaan luar negara – 1987). Beliau adalah sepupu sebelah ibu penulis. Walau bagaimanapun, saya yakin pasti perjuangan ini jauh lebih awal dari itu cumanya ia tiada direkodkan.

4. Sepanjang tempoh itu, kedaifan dan kepayahan generasi jemaah ini telah berdepan pelbagai kepayahan dan rintangan. Gantung pengajian? Dinasihatkan berhenti? Dibuang? Bermalam dilokap isu kriket Israel? Saya percaya perkara itu menjadi asam garam sebelum zaman 1997.  Tidak terkecuali semasa zaman saya dan rakan-rakan sekitar tahun1997 hingga 2000.

5. Sekitar tahun 1995 – 1996, ketika zaman kepimpinan Haji Zuraidin Abdullah (Che Din) Timbalan Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda PAS Malaysia) dan lujnah ekonominya dipegang oleh Saudara Suhaimi Mokhtar, penggunaan kenderaan jemaah masih menggunakan Motor Honda Cub 70cc. Tidak lama kemudian jemaah berjaya mendapatkan pasar mini di kolej kediaman  “oja” dan kemudiannya Kolej “Lima”. Ketika itu pengangkutan amat diperlukan dan sebuah kereta Nissan “ala kereta kebal” lampu petak 4 segi (mungkin milikan Saudara Suhaimi) menjadi ‘korban’ untuk tujuan mengangkat barang dan stok sehari-hari.

6. Menjelang peralihan kepimpinan antara Saudara Che Din kepada Saudara Mohd Razazi Razlan (awal 1997), jemaah kampus memutuskan mempunyai kewangan yang cukup untuk memiliki sebuah kenderaan sendiri. Ketika itu ‘turn-over’ perniagaan kampus mencecah RM10,000 hingga RM 15,000 sebulan dengan memiliki 3 buah pasar Mini. Objektif utamanya ialah untuk melancarkan pengurusan pasar mini. Lajnah ekonomi ketika itu dipegang oleh Saudara M. Fadzil Wahab juga aktif menyertai ekspo-ekspo keusahawanan, gerai-gerai Konvokesyen atau apa sahaja program yang mampu menjana pendapatan. Jemaah juga pernah membuka sebuah kedai fotostat di kolej Rindu.

7. Melihat kepada situasi sekarang, saya tidak pasti kedudukan ekonomi jemaah kampus samada kukuh atau tidak? Ia bukan persoalan utama. Cumanya secara individu saya melihat keperluan mempunyai kenderaan khas milik jemaah kampus tidak mendesak.

8. Semasa lajnah kampus mempunyai kemampuan dahulu pun ia diperbahaskan di peringkat kepimpinan kerana khawatir dengan kedudukan ekonomi jangka panjang. Logiknya, jemaah ketika itu lebih dari “mampu” membeli sebuah kenderaan baru akhirnya membuat keputusan membeli sebuah kenderaan secara tunai bernilai RM 17,000.

9. Pembeliannya pun bukan untuk matlamat program jemaah atau tamrin tetapi lebih dari perspektif ekonomi dan keperluan semasa. Jemaah ‘tumpang’ senang dengan kewujudan van itu tetapi ia dibeli bukan untuk matlamat itu.

10. Adalah dicadangkan dana yang tertumpul digunakan untuk tujuan modal pusingan dengan berniaga kecil-kecilan dsb.

11. Untuk akhirnya, pendekatan mendapatkan ‘derma’ atau ‘wakaf’ untuk membeli kenderaan kurang praktikal kerana faktor susut nilai / ekonomi. Selain itu jumlah keahlian alumni tidak sebanyak banyak mana dan pihak penderma sendiri boleh jadi hanya memiliki kancil “second-hand” atau motosikal kapcai yang sudah tidak diterima pun oleh syarikat insurans untuk dilindungi. Bagi yang baru ‘nak hidup’, RM 40 sebulan pun boleh jadi membebankan. Komitmen pada cawangan, kawasan, belanja anak dan lain-lain juga perlu diambilkira. Bagi yang berkemampuan tidaklah menjadi isu. Saya cuba melihat dari sudut praktikal :

Cthnya 1000 org ahli (20% yang aktif/berjaya dikesan) = Jumlah 200 orang (termasuk yang suami / isteri)

  • Tolak 20% (yang diketahui ada masalah kewangan, cth meniaga muflis, anak sampai 7-8 org, kumpul duit nak kawen dll)
  • Tolak 10% (yang menganggur / suri rumah)
  • Tolak 20% (yang nampak berkemampuan tapi hutang keliling pinggang, penulis x pasti duk kat mana, tp 2 tahun kebelakangan ni duduk yang 20% ni la kot..)
  • Tolak 10%(yang jadi kepimpinan Pusat, Negeri dll, xkan antum nak pergi mintak, depa lagi korban banyak)
  • Tinggal 40% yang hardcore = 80 orang
  • Dari 80 orang 60% bayar separuh2 atau sikit2 macam Court Mammoth = 48 orang
  • Lagi 40% bayar penuh = 42 orang (dlm ni lah duduk presiden agi, timb., bendahari semualah, tauke minyak wangi, tauke tempe dsbnya)

Target RM 50,000  (memang boleh dicapai..cuma kekadang boleh ambil yang baik dari pepatah org Barat, an english quotes say, Give a man a fish and you feed him for a day. Teach him how to fish and you feed him for a lifetime..)

12. Kepada adik-adik di kampus yang membaca artikel ini, ambillah secara positif. Teruskan perjuangan saudara/i. Boleh jadi anda boleh melakukan yang lebih baik berbanding di zaman kami yang serba daif dari sudut IT.

Sekadar pandangan pribadi, panjang2kanlah pada Pimpinan AGI atau mana2 ahli AGI, pandangan ana adalah pandangan peribadi (bukannya mewakili AGI), mungkin ada yang tak kena boleh komen dan betulkan. Tulisan ini ditulis atas rasa tanggungjawab dan pandangan peribadi bekas pimpinan AGI, sesi 2004-2005.

– khairulrijal.wordpress.com-

7 Responses to “(AHLI AGI WAJIB BACA) UPDATED! Isu kampus : Guna wang “derma” untuk beli van “wakaf”, amalan kurang praktikal.”

  1. Saya memohon sumbangan untuk dana pembelian van JIK. Projek ini akan diteruskan meskipun ada suara yang tidak bersetuju.

    Kerana kami melihat sendiri penderitaan adik-adik jemaah yang bersusah payah mengorbankan diri mengkaderkan ahli-ahli baru saban semester.

    Pembelian van ini selain dari kegunaan jemaah kampus, ia juga untuk kegunaan ekonomi jemaah. Insyaallah, kita akan maksimumkan aset ini, pasti ia tidak jadi sia-sia.

    Mendermalah dan infaklah, bagi yang ikhlas hati. bagi yang banyak komen, teruskan komen saudara dan jangan menyumbang apa-apa!

    MOHAMAD SUHAIMI ABDUL AZIZ
    Masul Am
    JIKSA

  2. khairulrijal said

    1. Apa yang saudara Masul katakan itu betul. Saya percaya kesulitan pihak kampus perlu diutamakan dan saudara terlibat secara langsung dalam melihat kepayahan mereka bergerak di kampus.

    2. Jika saudara melihat pada perkara (10), bahawa dana yang terkumpul dicadangkan untuk tujuan dana modal perniagaan. Bukan menolak sepenuhnya pengumpulan modal. Semoga apabila perkembangan dari pernigaan itu nanti barulah pihak kampus mempunyai kemampuan untuk membeli dan menyelenggara kenderaan berkenaan. Saya percaya pihak kampus mempunyai perancangan panjang untuk itu merancang ekonomi mereka.

    3. Buat sementara waktu, saya beranggapan rakan2 kita ini boleh menggunakan kenderaan mereka sendiri cthnya motosikal atau kereta individu (jika ada) untuk membantu pergerakkan lajnah ekonomi mereka. Ia adalah langkah yang pernah dilakukan juga oleh senior2 kita dahulu. Walaubagaimanapun, jika tiada seorang pun yang mempunyai kenderaan atau sudi meminjam kenderaan mereka, maka cadangannya mungkin belilah kenderaan lama pada kadar RM 5000 cthnya (iswara byk insya allah, kancil pun boleh kalau praktikal). Selebihnya digunakan untuk tujuan modal itu tadi.

    4. Sebenarnya, apa yang ditulis ini adalah setelah perbincangan beberapa org sahabat lama dan saya terpanggil menulisnya dalam blog saya. Dan mereka ini langsung tiada niat “mgomen” &sebagainya sebaliknya mencadangkan langkah penambahbaikan. Mereka khuatir jemaah kampus mengambil keputusan membeli kenderaan tanpa mengetahui ‘cerita asal’ pembelian berkenaan.

    Sekadar pandangan dari tepian. Ia bukan komen untuk menjatuhkan jemaah tercinta ini.

  3. nor said

    salam

    ana terpanggil utk memnerikan komen. Sememangnya ana mnegetahui pembelian van setelah membc blog akhi. Maklumlah ana berada di tepian..
    pendpt ana
    1)kalo dah namanya pun sumbangn @ infaq. So aperpun tujuan yg akan digunakan terpulanglah pd kampus. Xtimbul pun kalo keperluan utk perniagaan shj. sebenarnya bg ana, kampus utk belajar. Ekonomi sampingan shj. dan alangkah bgus kalo abg2 alumni dpt mbantu adik2 kampus. Mgkin nta mengganggap zaman nta lebih berdikari..xpalah.Kita xmahu adik2 susah seperti kita dahulu

    2)kalo nak bg pinjam kereta..hmm nta sanggup ke bg pinjam keta nta.?Ana insyaallah tp ana ada keta satu je..patah kaki ana nak bergerak. Jd cdgan nta sgt retorik..

    3)penulisan nta dlm blog kurang manfaat kalo sekiranya tidak disalurkan kepada pihak sepatutnya..mmg jdnya mengomen.Nta dah bg cdgn penambah baikan ke kpd presiden agi.?

    akhirnya, bg ana yg kerdil..masa kampus bukan org tersohor. marilah bersama membantu dgn apa jua..walaupun seringgit.

    wsalam

    nor

  4. HermanSamsudeen said

    Harapnya tuan Mas’ul jgn emosional…itu pandangan tuan penulis yg mmandang dr sudut economist…

    Secara peribadi anak setuju klu guna pendekatan infak @ derma bukan wakaf. Sebab wakaf bersifat duit yang dikumpul dan sebaik2nya digunakan utk membeli sesuatu yg tidak akan susut nilai, malah akan bertambah nilainya jika dibelanjakan atau tidak berubah langsung dari nilai asal.

    Klu wakaf ini, ia bersifat amanah yg perlu dijaga keberadaannya. sbb itu utk skim wakaf, jamaah biasa guna utk tujuan beli tanah, buat markas, masjid atau bangunan yg boleh mendatangkan pulangan bukan kerugian dimasa akan dtg.

    Jadi eloklah Jamaah gunakan term infak @ derma…

    Selain dr isu cari modal beli van…blh jg war2 projek ekonomi adik2 jamaah…klu takda kena buat.

    InsyaAllah tuan penulis komen tu bkn pasal tak nak bagi sumbangan, cuma sekadar satu luahan pandangan dimana beliau melihat sudah masanya utk kita melahirkan ramai nelayan bukan ‘bayi’ yang dewasa yg masih menyusu…

    Ana memahami maslahat Mas’ul & jg situasi kampus skrg…mungkin adik2 kita belum cukup matang wlaupun kita mgira pada usia Jamaah…jamaah mungkin sudah ckp matang, tapi kepimpinan & ahlinya yg bersilih ganti saban tahun tidak akan pernah matang melainkan Allah sudah tentukan takdir kematangan itu…

    Zaman kita, bolehlah dikatakan bnasib baik sbb kt mewarisi kekayaan jamaah yg ada. Namun zaman Mas’ul skrg adalah zaman deflasi yg belum kunjung padam…

    Jadi bantulah sekadar yg ada…mungkin krn seringgit dua yg kita beri hari ini akan lahir dua tiga orang lagi pejuang muda sehebat penulis & tuan Mas’ul dr perut van baru yg diimpikan adik2 kita…

    Dah…jangan bertekak…pi buat keje

  5. Mohamad Asril said

    Assalamualaikum…

    Terpanggil nak ‘reply’ aje…
    Bagi pendapat peribadi saya yang serba dhaif ni, saya tidak menyalahkan mana² pihak kerana apa yang di cadangkan oleh Masul itu tidak salah dan apa yang di lontarkan oleh penulis itu betul. Mungkin ada beberapa isu di sini yang menampakan semacam perlu di’adjust’ aje. InsyaAllah akan dibincangkan semula dalam 1st meeting AGI nanti..

    • Engku hafiz said

      salam
      harap isu ini tidak diperdebatkan lg di alam siber.
      insyaalah mlm ini mtg AGI. Cadangan dan komen sedara semua akan di bincangkan.
      harap semua akan akur dgn apa jua keputusan Syura AGI selepas ini.
      JZKK

      Pres AGI 2009/11

  6. khairulrijal said

    Isu tamat setakat ini sahaja.

    Keputusan mesyuarat wajarnya dipatuhi.

    Kita simpulkan segala perbincangan kita dengan 2 sumber berikut :

    1.Hadist Rasulullah yang berbunyi: “antum a’alamu bi ‘umurid dunyakum” (kamu lebih tahu atas urusan duniamu)Bahwa dalam urusan kehidupan dunia yang penuh dengan perubahan atas ruang dan waktu, Islam memberikan kebebasan mutlak kepada manusia untuk menentukan jalan hidupnya atau pengurusan organisasinya.

    Dalam masa yang sama, keseimbangan dalam urusan organisasi tanzim haraki diseimbangi dengan usul 20 Hassan albanna:

    (Usul ke 6 Hassan Al-Banna )

    “Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata yang keluar dari orang yang dilindungi dari dosa, Rasulullah SAW. Setiap perkara yang datang dari para salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan kitab Allah dan sunah, kita hendaklah menerimanya. Kalau tidak bertepatan dengan nas, maka nas al-Quran dan sunah Rasulullah SAW adalah yang lebih utama untuk diikuti. Tetapi kita
    sekali-kali mengutuk dan memburukkan seseorang dari mereka walaupun apa yang telah diselisihkan mengenainya. Kita serahkan semuanya kepada niat masing-masing kerana mereka telah bergantung kepada apa yang telah mereka kerjakan”

    Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: