Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

UPDATED: Mengingati Pengorbanan Ismail & ketabahan Ibrahim

Posted by Emg Trading & Services on 27 November, 2009

Salam Aidil Adha

dari khairulrijal.wordpress.com


Di kesempatan ini saya dan seisi keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Aidiladha buat semua pengunjung blog ini yang beragama Islam. Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk mengecapi hari yang penuh keberkatan ini pada tahun ini sedangkan ada yang telah pergi meninggalkan kita. Sambil kita mengerjakan ibadah korban, mari kita mengingati semula kisah agung Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail yang menjadi asbab ibadah ini dilaksanakan di seluruh dunia..

Pengorbanan seorang isteri
Seperti kita sedia maklum, Nabi Ibrahim dan pasangannya Siti Sarah tidak dikurniakan sebarang zuriat sepanjang perkahwinan mereka yang berusia berpuluh tahun. Nabi Ibrahim bimbang pada usianya yang semakin meningkat beliau masih tidak mempunyai seorang pun pewaris bagi menyambung usahanya dalam menyebarkan dakwah kepada sekalian manusia. Kebimbangan ini turut dirasai oleh isterinya, Siti Sarah yang amat sedih dengan keadaan suaminya yang begitu mengimpikan untuk mempunyai zuriat.

Siti Sarah sebagai wanita dan isteri yang soleh telah memberi keizinan kepada Nabi Ibrahim untuk mengambil dayangnya Siti Hajar sebagai isteri. Hasil perkahwinan itu lahirlah Ismail, putera pertamanya. Kasihnya Nabi Ibrahim kepada puteranya, Ismail tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, begitu juga kasih Ismail terhadap bapanya.

Semenjak kelahiran Ismail, Siti Sarah merasakan Nabi Ibrahim lebih banyak menumpukan perhatiannya kepada Hajar kerana terlalu gembira dengan putera pertamanya dan tunggal itu. Sebagai manusia biasa, Siti Sarah tidak terlepas daripada perasaan cemburu dan berkecil hati apabila melihat kebahagian Siti Hajar, lalu beliau meminta Nabi Ibrahim a.s supaya menjauhkannya daripada Siti Hajar dan dibawakan ke tempat lain.

Pengorbanan seorang ibu
Untuk sesuatu hikmah yang belum diketahui dan disedari oleh Nabi Ibrahim, Allah telah mewahyukan kepadanya agar permintaan Sarah itu dipenuhinya dan dijauhkan Ismail bersama Hajar dari Sarah ke suatu tempat di mana Nabi Ibrahim sendiri tidak mengetahuinya.

Setelah berminggu dalam perjalanan, tibalah Nabi Ibrahim bersama Ismail dan ibunya Hajar di Makkah, tempat di mana Masjidil Haram sekarang berada. Di situlah Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar bersama puteranya Ismail dengan keadaan sekitar yang tiada tumbuhan, tiada air mengalir, yang terlihat hanyalah batu dan pasir kering, sedang Nabi Ismail ketika itu masih menyusu.

Setelah bekalan makanan yang ada habis semuanya, susu badan Siti Hajar semakin mengering, sedang Ismail yang masih menyusu itu tidak henti-henti menangis. Hajar telah berlari (lari anak) menuju ke Bukit Safa kalau-kalau ada sesuatu yang dapat membantu, namun sia-sia. Dari Bukit Safa, Hajar melihat bayangan air di Bukit Marwah, dan berlarilah Hajar ke sana, namun ianya hanyalah bayangan. Hajar telah mundar mandir tujuh kali di antara Bukit Safa dan Marwah.

Pengorbanan seorang bapa dan anak
Ketika Nabi Ismail mencapai umur dewasa, Nabi Ibrahim telah diwahyukan bahawa baginda harus menyembelih anaknya melalui mimpi. Bayangkan tuan-tuan suatu arahan melalui mimpi untuk menyembelih anak! Itulah iman seorang nabi.

Sebagai seorang bapa, yang mana telah bertahun-tahun mengidamkan seorang putera sehinggalah lahirnya Nabi Ismail, sudah tentulah kasih terhadap anaknya itu amat mendalam. Kini puteranya itu sudahpun di peringkat umur remaja di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh seorang bapa, yang mana puteranya itulah yang diharapkan selama ini untuk menjadi pewaris dan penyambung keturunannya, serta penyambung risalah yang dibawa, tiba-tiba harus dijadikan korban dengan tangannya sendiri.

Nabi Ismail pula, ketika diberitahu oleh bapanya, tanpa ragu-ragu akur dengan perintah Allah itu. Nabi Ismail terbukti seorang anak yang taat serta yakin kepada Allah s.w.t. Begitu juga dengan Siti Hajar, yang sebelum itu telah melalui susah payah bersama anaknya ketika ditinggalkan di Makkah dahulu, sanggup melepaskan anaknya untuk dikorbankan.

Sekiranya peristiwa ini berlaku kepada kita semua, bolehkah kita melaluinya dengan baik? Boleh jadi si isteri atau si suami boleh ‘query’ betul ker abang mimpi ni? kan abang selalui tidur tak basuh kaki? Si suami pula mungkin berkata awak selalu tidur tak gosok gigi, mimpi awak mana boleh pakai!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: