Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Kalendar bogel : Apabila terlalu “bebas” inilah akibatnya!

Posted by Emg Trading & Services on 30 November, 2009

Aapabila terlalu bebas, inilah akibatnya. 24 usahawan di Britain akan melancarkan kalendar “kebajikan” 2010 yang memaparkan wanita berbogel sebagai “tema” di setiap halaman kalendar berkenaan. Semua hasil jualan akan didermakan ke badan kebajikan di India untuk golongan yang tidak bernasib baik!

Kita biasa dengar ungkapan teori marketing dari Barat berbunyi “sex always will sell”. Saya yakin kalendar ini akan dapat hasil yang lumayan, cumanya nilaian wanita menjadi begitu murah dan dapat “ditonton” sepanjang tahun berkenaan!

LONDON – Seramai 24 usahawan Internet di Britain termasuk wanita sanggup bergambar bogel untuk kalendar kebajikan 2010 bagi membuktikan mereka merupakan manusia normal dan bukannya individu yang antisosial, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kalendar yang memaparkan gambar bogel mereka dijual pada harga £10 (RM33.92) dan semua wang hasil jualan akan didermakan kepada sebuah badan kebajikan yang melaksanakan projek-projek teknologi maklumat di India untuk golongan tidak bernasib baik.

Semua kalendar itu boleh ditempah di laman firebox.com. Seorang usahawan wanita, Hermione Way, 24, yang mengendalikan laman video techfluff.tv di Internet berkata, dia tidak kesal kerana berbogel untuk kalendar kebajikan itu.

“Ia merupakan sesuatu yang menyeronokkan kerana ia untuk tujuan yang baik. Saya berharap kita akan mendapat hasil jualan yang banyak,” katanya. Dia berharap kalendar itu akan memperbaiki imej pekerja dalam dunia teknologi kerana mereka kerap dianggap antisosial.

Antara usahawan Internet yang berbogel itu ialah pengendali laman Groupspaces, David Langer, Alicia Navarro dari firma pemasaran Skimlinks, pengasas laman Girl Meets Dress.com, Anna Brance dan Elizabeth Varley dari London TWestival.

Kalendar itu merupakan idea penulis teknologi, Milo Yiannopoulos. Semua usahawan itu dipilih oleh satu jawatankuasa terdiri daripada pakar-pakar dalam talian dan undian orang awam. – Agensi

Sumber: Kosmo, 20/11/09

Waaah..hebat, sanggupkah anda melihat isteri atak anak perempuan  anda berbogel untuk tujuan kebajikan? itulah nilai kebebasan di Barat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: