Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

MESTI BACA : “Nik Aziz Mendoakan kebinasaan?” Tiada isu jika ini zaman sahabat

Posted by Emg Trading & Services on 30 November, 2009

Bacalah kisah dibawah bagaimana doa mematikan orang yang memfitnah mustajab di zaman Sahabat. Rujukan [1] Tarikh at-Tabari, Imam At-Tabari, 5/103-105

Umar al-Khattab telah melantik Sa’ad Abi Waqqas r.a seorang sahabat besar Nabi s.a.w sebagai gabenor di Kufah, Iraq.
Namun terdapat beberapa kumpulan munafiq yang amat benci kepada Sa’ad, lalu membuat aduan palsu kononnya
Sa’ad r.a tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin ketika peperangan. Sedangkan di ketika itu, kerajaan Islam
sedang sibuk membuat persiapan untuk menuju ke Nahawand. Amat difahami kumpulan ini ingin mengganggu
kelancaran perancngan kerajaan Islam.

Walaupun aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh Umar Al-Khattab r.a tetapi beliau masih meraikannya
secara serta-merta dengan menghantar wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah. Umar r.a seorang yang
amat sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap gabenor lantikannya. Tatkala proses siasatan terbuka
dijalankan, semua wakil ketua yang berada di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakladilan Sa’ad lalu
semuanya mengkhabarkan kebaikan Sa’ad.

Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Sa’ad tidak adil dan tidak memimpin perang. Sa’ad menafikan
dengan sumpah serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu
dan melontarkan fitnah ke atasnya. Hasil doa individu soleh seperti Sa’ad, kesemua kumpulan yang meinpu ini mati .
Usamah pula menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa.

Walaupun Sa’ad terbukti selepas itu tidak bersalah, demi mengelakkan perpecahan dan menjaga status Sa’ad bin Abi
Qaqqas, Umar al-Khattab meminta Sa’ad untuk menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin Abdullah
Bin ‘Utban yang merupakan timbalan kepada Sa’ad sebelum ini. Manakala Sa’ad di bawa ke Madinah bagi
menyertai ahli Majlis Syura Khalifah di Madinah. [2]

[2] Dawr al-Hijaz fi Hayat as-Siyasah, Dr Ahmad Ibrahim As-Syarif, hlm 257 ; At-Tarikh al-Islami, Al-Humaidi, 11/222

Terima kasih kepada Zaharuddin.net atas usaha beliau menterjemah kisah di atas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: