Kickdefella, Tengku Razaleigh, Che det : mereka UMNO, tapi kita bergantung pada mereka?
Posted by Emg Trading & Services on 1 December, 2009
- Hari ini Che Det bikin gempar lagi, memaklumkan tanpa nama seorang pemimpin veteran UMNO mengadu UMNO sudah busuk hingga ke ‘akarnya’. Berlumba-lumba blogger pro-pembangkang mahupun web rasmi pembangkang mengulas artikel ini. (klik di sini)

- Dalam pada itu, isu di Kelantan pula menyaksikan PAS bermati-matian menepis isu Ariffahmi yang dikeluarkan oleh blogger kontraversi – kickdefella (yang kemudiannya menyatakan Kolonel Mat sebagai ayahnya – klik di sini). Dia juga blogger UMNO.
- Bila kita membawa isu petroleum di Kelantan, mahu tidak mahu kita masih bergantung harap pada ahli Umno seumur hidup Tgku Razaleigh untuk mengetuai kakus parlimen berkaitan hak Petroleum negeri Kelantan. Memandangkan Tgku Razaleigh adalah merupakan pengasas kepada Petronas (singkatan:Petroliam Nasional Berhad) pada 1975 maka penulis bersetuju dengan pemilihan beliau.
Apapun, sampai bila agaknya kita mahu terus bergantung harap pada orang-orang UMNO ini untuk me’meriah’kan blog dan media? bila agaknya bloggers mampu menjadi pelopos isu nasional? penulis mencabar diri sendiri dan para bloggers sekelian..
Advertisements
Leave a Reply