Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

(MESTI BACA) Imej semakin tercalar: Jualan Utusan M merudum!

Posted by Emg Trading & Services on 2 December, 2009

Inilah sebab mengapa keredibiliti media ini sering dipersoalkan.

  • Sekitar bulan November baru-baru ini, Utusan M menjadi pencetus pelbagai isu khususnya berkaitan isu politik tanahair. Antara isu ‘panas’ yang masih kita ingat yang mencetus polemik seluruh negara seperti Isteri menangis, suami menggigil – isu bai’ah Cerai Talaq 3, isu Husam letak jawatan? – Isu Ariffahahmi dan sebagainya. Ada yang memberi kesan Contohnya kes Ariffahmi, akhirnya melepaskan jawatan, manakala isu bai’ah berakhir sekadar polemik sahaja.

  • Pada pertengahan November 2009, isu pembunuhan warga emas mendapat liputan meluas akhbar arus perdana termasuk Utusan M. Malangnya, para pembaca dikejutkan dengan tindakan keanak-anakan Utusan M dengan memadam logo Barisan Nasional pada payung biru di halaman rumah (klik di sini) sewaktu warga emas itu ditangkap.
  • Hari ini, Utusan M, di dalam ruangan dalam negeri, bertajuk Hidup mati akhbar di Malaysia di dunia (klik di sini),  mengakui hakikat sebenar akhbar-akhbar Melayu so called “akhbar nasional” sebenarnya menghadapi jualan sekitar 200,000 pembaca sehari! Ia suatu angka yang amat memeranjatkan kita semua. Kata penulis berkenaan..

Ternyata tiada siapa tahu berapa sebenarnya edaran akhbar-akhbar nasional yang dijual di Malaysia setiap hari. Namun hakikatnya, jumlah akhbar-akhbar perdana Melayu semakin menurun. Malu saya mahu mendedahkannya. Tapi angkanya ialah di bawah 200,000 naskhah dan angkanya semakin menurun… (Hidup mati akhbar di Malaysia di dunia, Utusan M – 2/12/2009)

  • Dalam keadaan isu boikot akhbar yang sudah lama tidak kedengaran, polemik demi polemik yang membunuh kredibiliti pemimpin-pemimpin anti-kerajaan dijalankan setiap hari, tersirat hakikat sebenar bahawa mereka telah ditolak oleh pembaca secara senyap (silent protest) tanpa memerlukan boikot besar-besaran.
  • Mereka telah kembali menyingkap pendekatan lama mereka sebelum berlakunya kekalahan besar BN pada pilihanraya Mac 2008.
  • Marilah kita sama-sama lihat, apakah akhbar yang berusia 70 tahun ini akan berkubur atau ia akan mengubah sikap untuk lebih telus dalam penerbitannya. Kita tunggu dan lihat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: