Khairulrijal Sri Gading

Tagline : Malaysia Today / Malaysia Terkini / Utusan / Berita Hari Ini

Isu subsidi gula, Najib pecah rekod lagi!

Posted by Emg Trading & Services on 3 December, 2009

  1. Teh tarik adalah salah satu menu utama restoran-restoran mamak di Malaysia. Tanpa teh tarik, boleh jadi roti canai juga akan kurang permintaannya.

  1. Kerajaan Malaysia pernah mengistiharkan teh tarik dan nasi lemak sebagai menu legenda masyarakat Malaysia.
  2. Hari ini, ketika mengulas isu penarikan subsidi gula, pengusaha Restoran Hameediyah, Ahamad Seeni Pakir, 55 menyatakan restorannya memerlukan sejumlah 15 guni gula pasir (50 kg muatan seguni)  dan 720 tin susu pekat untuk sebulan! Di Malaysia, kita mempunyai Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Prismas)  yang mempunyai lebih 3000 ahli berdaftar. Kalau dianggarkan setiap ahli mempunyai 2 restoran bermakna 4.5 juta kg sebulan oleh restoran ini sahaja.
  3. Berbanding dengan penggunaan isi rumah normal yang mempunyai 5 orang ahli, penggunaan gula mungkin tidak mencecah 3kg sebulan atau maksimum 4-5 tin susu pekat.
  4. Penulis berpendapat, tindakan penarikan subsidi gula adalah ‘kejam’ dan ia tidak berlaku pada zaman Pak Lah atau PM-PM sebelum ini. Walaupun ada rasionalnya penarikan subsidi gula, ia tetap memberi kesan langsung harga barangan makanan yang menyebabkan kenaikan kadar inflasi.
  5. Ada baiknya kerajaan mengkaji semua aspek berkaitan terutama kesannya  kenaikan harga minuman atau makanan di samping memikirkan alternatif membuka quota pasaran gula terbuka yakni membawa masuk gula import. Ia akan menjadi pasaran gula negara lebih kompetitif.
  6. Jangan nanti rakyat melihat kerajaan lebih memelihara ‘raja gula Malaysia’ berbanding memelihara rakyat seluruhnya. 
  7. Ada pendapat mengatakan harga teh tarik boleh mencecah sehingga RM 2.50 selepas ini jika harga gula mencecah RM 2.45 sekilo berbanding RM 1.45 sen sekarang, kerajaan pasti akan dipersalahkan, bukan peniaga. Ia tidak akan memberi kesan kepada orang-orang kaya, pak-pak menteri, YB-YB atau JKKK kampung, tetapi ia memberi kesan kepada golongan miskin, golongan fakir yang tidak mampu membeli susu tepung anak mereka dan menggantikan susu pekat sebagai alternatif!
  8. Jangan pula nanti ada kempen berbunyi, “jangan minum teh tarik”-rakyat perlu berjimat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: